Inilah kesusahan yang dihadapi Pakatan Rakyat ketika bertanding disana. Cengkaman kukuh keluarga Taib Mahmud ke atas semua perkara di Sawarak menyukarkan Pakatan Rakyat untuk bergerak menyampaikan maklumat kepada pengundi terutama pedalaman. Rasa korupnya orang tua ini juga dikongsi pemimpin utama Barisan Nasional apabila segala urusan perlu mendapat kelulusan Taib Mahmud kerana terlalu kebalnya dia di Sarawak.
Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit
bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya
dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan
kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang
diagihkan di negeri itu.
Menurut ketua bahagian politik Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, ketika itu, Mark D Clark: “kerajaan negeri Sarawak sangat korup dan dalam gengaman kukuh ketua menterinya".
"Dewan Undangan Negeri bernilai AS$ 82 juta (RM300 juta) yang sedang dibina itu mungkin lambang atau contoh paling jelas membuktikan bagaimana ketua menteri dan pegawai-pegawai kanannya menjadikan diri masing-masing kaya,” tulis Clark pada kabel bertarikh13 Oktober, 2006 dan didedahkan oleh portal pembocor maklumat kontroversi Wikileaks.
Dalam sebuah lagi kabel lain yang bocor tiga tahun kemudian, Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa kerajaan Taib "mengeluarkan permit penebangan balak sambil meronda negeri yang tidak dibangunkan itu dengan menggunakan 14 helikopter. Syarikat-syarikat keluarganya juga dikatakan menguasai sebahagian besar ekonomi Sarawak."
Kabel ini berdasarkan lawatan oleh seorang kaunselor politik kedutaan yang melawat Sarawak pada 12-14 Oktober, 2009.

Kaunselor politik itu juga melaporkan bahawa dia telah disambut oleh timbalan ketua menteri, ketika itu, Tan Sri George Chan (kiri) di sebuah rumah agam yang baru dibina bersebelahan padang golf yang paling eksklusif di Kuching.
"Chan memberitahu bahawa sejak pilihan raya umum Mac 2008, kerajaan persekutuan telah 'mencurahkan jutaan ringgit' untuk pembangunan negeri itu," kata kabel yang bocor bertarikh 2 November, 2009 itu.
"Beliau menyifatkan peruntukan itu sebagai satu bentuk 'terima kasih' kepada kerajaan negeri Sarawak kerana membekalkan kerusi yang mencukupi bagi BN yang membolehkan gabungan itu mengekalkan majoritinya di Dewan Rakyat.”
Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat juga telah berjumpa dengan seorang petugas operatif PKR, Baharuddin Moksin, yang mengadu ketidakupayaan dan kegagalan pembangkang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi.
"(Baharuddin) Moksin berkata bahawa walaupun parti-parti pembangkang berjaya menyewa sebuah helikopter semasa pilihan raya kecil Batang Ai pada April, kerajaan negeri enggan memberikan hak pendaratan bagi helikopter mereka.
"Baharuddin menjelaskan bahawa di Sarawak, hanya tiga syarikat, - Cahaya Mata Sarawak, Naim Cendera Holdings dan Titanium Management Berhad - semuanya dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri, adalah 'pemain utama dalam negeri," kata kabel itu.
"Semua kontrak utama dan sebahagian besar tanah yang ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit (termasuk tanah istiadat dan hak pribumi yang enggan diiktiraf oleh kerajaan negeri) telah diberikan kepada ketiga-tiga syarikat ini."
No comments:
Post a Comment