Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, October 10, 2011

Isu Serbuan Gereja Selesai - Sultan

 

Diatas kebijaksanaan Sultan Selangor, akhirnya isu Serbuan Gereja berjaya ditamatkan. Walaubagaimanapun, baginda amat tersinggung denga cubaan pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan umat Islam.
Siasatan JAIS mendapati terdapat cubaan untuk memurtadkan umat Islam dalam majlis di gereja tebabit. Bagaimanapun, baginda berpendapat bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Titah baginda lagi, tindakan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul, tidak menyalahi undang-undang negeri serta selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.

12 umat Islam yang hadir dititahkan hadir sesi kaunseling oleh JAIS. JAIS juga dengan kerjasama MAIS akan memantau  secara dekat usaha memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

No comments:

Post a Comment