Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, October 10, 2011

Perbandingan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Dan Barisan Nasional

Akhir tahun mesti huru hara dengan belanjawan. Tapi tahun ini lebih huru hara. Ada dua belanjawan yang rakyat perlu tekuni dan bahasi. Belanjawan PR dan BN.

Kedua pihak bersaing untuk memikat hati pengundi. Instimewanya, rakyat mendapat hasil yang lebih baik. Jika tidak pun, rakyat tahu pihak mana yang terbaik untuk mereka undi di masa depan. 

Mari kita bandingkan kedua belanjawan tersebut. Lihat, tekuni, bandingkan dan hayati.

kredit almuhandis

Perkembangan GDP (2012)    
BN = +5-6 peratus
Pembangkang = +4-4.5 peratus
Jumlah Keseluruhan Peruntukan Bajet
BN = RM232.8 billion
Pembangkang = RM220 billion
Jumlah Pendapatan Kerajaan (2012)
BN = RM186.9 billion (+1.9%)
Pembangkang = RM181 billion (+9%)
Defisit Bajet
BN = 4.7 peratus
Pembangkang = 4.4 peratus
Matlamat
BN = Perkembangan sikit demi sedikit; keutamaan kepada Rakyat
Pembangkang = Sentiasa berjaga-jaga; banyak had
Bayaran Dividen Petronas
BN =
Pembangkang = Akan dipotong daripada RM30 billion kepada RM26 billion

Pendidikan
BN =
  • Tiada bayaran diperlukan bagi yuran di sekolah-sekolah kerajaan
  • Baucar buku bernilai RM200 bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 dan pelajar IPT
  • RM100 akan diberikan kepada pelajar dari Tahun 1 hingga ke Tinngkatan 5
Pembangkang =
  • Memberikan fokus yang lebih kepada jenis pembelajaran teknikal dan vokasional
  • RM4.4 billion untuk pendidikan
  • RM200 juta untuk melatih 10,000 guru Bahasa Inggeris
  • Elaun bulanan sebanyak RM500 bagi setiap tenaga pengajar
Kakitangan Awam
BN  =
  • Umur bagi persaraan wajib dinaikkan kepada 60 tahun
  • Bonus setengah bulan, atau minimum sebanyak RM500
Pembangkang
  • Gaji minimum sebanyak RM1,100 bagi 300,000 kakitangan kerajaan
Wanita
BN =
  • Suntikan imunisasi HPV percuma bagi setiap wanita bagi mencegah kanser servik
Pembangkang =
  • RM1,000 bagi suri rumah yang layak
Gaji Minimum
BN =
Pembangkang =
  • RM1,100 setiap bulan
Bantuan kewangan one off (sekali beri)
BN =
  • RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000
Pembangkang =
  • Tiada
KWSP
BN =
  • Sumbangan KWSP majikan dinaikkan ke 13 peratus berbanding 12  bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Pembangkang =
  • Tiada
Subsidi
BN =
  • Subsidi diberikan untuk barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan produk-produk petroleum.
  • Subsidi bernilai RM33.2 billion bagi 2012 bagi pihak kerajaan.
Pembangkang =
  • Pengurangan jumlah subsidi kepada RM22 billion.
Warga Emas
BN =
  • Kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus bagi bekas kakitangan kerajaan
  • Mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas dikecualikan daripada membayar yuran pendaftaran pesakit luar di mana-mana hospital dan klinik kerajaan
  • Diskaun sebanyak 50 peratus bagi penggunaan perkhidmatan LRT dan monorail
Pembangkang =
  • Bonus tahunan sebanyak RM1,000
Jabatan Perdana Menteri
BN =
  • Tiada
Pembangkang =
  • Pemindahan sebanyak RM10 billion dari JPM ke Kementerian lain; mungkin akan menyebabkan masalah pembayaran gaji.
Latihan Khidmat Negara
BN =
  • Tiada
Pembangkang =
  • Dimansuhkan, RM747 juta akan disalurkan kepada inisiatif lain
Cukai Barangan Mewah
BN =
  • Tiada
Pembangkang =
  • Kenakan cukai terhadap barang mewah seperti tas tangan
Bantuan
BN =
  • Tiada
Pembangkang =
  • Bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah adalah agak populis dan juga menunjukkan sokongan terhadap kebajikan sosial.
Demokrasi
BN =
  • Tiada
Pembangkang =
  • Tiada sebarang pengumuman terhadap pilihan raya bagi kerajaan tempatan.
Pertahanan
BN =
  • RM500 juta untuk menaiktaraf dan membaikpulih kem-kem dan kuarters tentera
Pembangkang =
  • Pemotongan bagi perbelanjaan pertahanan sebanyak 20 peratus dan kenaikan gaji sebanyak 5 peratus.

No comments:

Post a Comment