Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, June 27, 2012

Samseng Sedar Dicari, Memukul Peserta Himpunan Royalti

Samseng SEDAR...

Sesiapa ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages  

https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages


Umno Perlu Belajar Langkah Presiden Mesir Dr Muhammad Mursi


Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir


Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Janji Ditepati: Rafizi Ramli Londehkan Najib Razak


PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat untuk menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium George Kent seperti yang dilaporkan media.

3 Bilion: Murad Khalid Mohon Maaf Kepada Anwar Ibrahim

PKR mendakwa bahawa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid secara peribadi menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di Munich, Jerman untuk memohon maaf berhubung isu akuan bersumpahnya terhadap ketua umum parti itu.

"Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut untuk menandatangani akuan bersumpah," dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Thursday, June 21, 2012

Ahli Parlimen Umno Bn Menikus Dicabar Anwar Ibrahim

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa MP Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion!"

Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.

“Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.

Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.

Wednesday, June 20, 2012

#MeetAnwar Di Perak - 23 June 2012

 


Satu sesi #meetanwar bertajuk "Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim" anjuran AIC Perak akan diadakakan pada 23 Jun 2012 jam 2 - 6 petang bertempat di Hillcity Ipoh.
Pendaftaran dibuka sekarang. Sila SMS anda ke 012 582 8412 untuk pendaftaran.

TV Impian TV Percuma Untuk Rakyat

Dekoder TV Impian dijual bermula Isnin ini

KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.

Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.

"Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada Harakahdaily. 

Apa yang lain dari yang lain mengenai TV Impian ini, Izham berkata sumber yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber rakyat.

Mahkamah Buktikan Nalla dan Utusan Menipu

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.


Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.


Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

Friday, June 15, 2012

Wang Negara Lebur Untuk Kunjungan Singkat Dan Peribadi Najib Rosmah

Rakyat tanggung RM3 juta untuk biaya kunjungan singkat Najib dan Rosmah ke luar negara

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Rosmah Mansor ke kota kosmopolitan London, New York dan Washington DC menyebabkan kerajaan menanggung kos hampir RM3 juta.

Wednesday, June 13, 2012

Gempar! Perempuan Ini Penyimpan Bukti Dokumen Negara

Saya ada bukti baru - UmmiKUALA LUMPUR- Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mendakwa beliau 'menyimpan' bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemilikan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),

Beliau berkata, pihaknya bersedia menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian oleh suruhanjaya terbabit.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan SPRM yang seakan-akan 'mendiamkan diri' apabila segala bukti berhubung dakwaan berkenaan telah diserahkan.

"Saya ada banyak bukti baru tentang akaun itu dan akaun-akaun lain yang belum pernah didedahkan. Saya cari waktu yang sesuai (untuk dedah). Kalau terpaksa bantu SPRM dalam siasatan, itu satu tanggungjawab dan saya sedia.

PRU13: 105 Kerusi Sudah Dalam Genggaman Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat yakin semakin dekat ke Putrajaya apabila mendakwa sudah selamat di 105 daripada 222 kerusi Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jumlah yang dianggap selamat itu hanya kurang enam kerusi untuk menewaskan BN dengan majoriti mudah.

NONE"Saya rasa kalau dengan momentum ini, lepas soal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ... kesilapan Datuk Seri Khaled (Nordin) tarik balik pinjaman, kita boleh lepas majoriti mudah.

"(Jumlah) 105 itu adalah perkiraan dan bacaan kita buat beberapa bulan lepas dan dalam masa sebulan ini lebih banyak sebenarnya isu yang berpihak kepada Pakatan," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi.

Tuesday, June 12, 2012

Penting Disebarkan! Akuan Bersumpah Isu Fitnah RM3 Bilion Anwar Ibrahim


Abdul razak Idris adalah mantan Ketua Pengarah Penyiasatan BPR. Beliau merupakan salah seorang saksi kes saman DSAI ke atas NST dan Rose Ismail.

Beliau dengan jelas menyatakan bahawa BPR telah menjalankan penyiasatan ke atas tohmahan Abdul Murad Khalid kononnya DSAI melarikan Rm3 Bilion dan menyimpannya di luar negara.

Penyiasatan tersebut membuktikan tuduhan itu adalah palsu dan tidak berasas. Malah menurut beliau kes itu telahpun ditutup.

Oleh itu adalah penting laporan SD ini disebarkan untuk menghalang fitnah terhadap DSAI berterusan.

(KLIK pada image untuk besarkan)

Friday, June 8, 2012

Isu PTPTN: Anwar Ibrahim Club Selar Politik Dendam Umno

KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

ANWAR IBRAHIM CLUB

8 Jun 2012

KENYATAAN AKHBAR: FLIP FLOP PEMBEKUAN PTPTN, KERAJAAN HILANG PUNCA


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) sebagai sebuah organisasi anak muda hari ini ingin menyelar tindakan flip-flop Kerajaan Umno BN yang cuba bermain tarik tali dan berpolemik tentang pinjaman PTPTN kepada dua IPTS yang dinaungi Kerajaan Selangor iaitu Unisel dan KUIS.


AIC hairan bagaimana sebagai sebuah kerajaan yang menguruskan aspirasi rakyat dan pembinaan masa depan, bertindak bodoh dengan mengugut masa depan anak-anak muda hanya kerana berbeza polisi dengan musuh politik.


Seharusnya BN lebih ampuh untuk menegakkan dasar pendidikan mereka, bukan dengan membekukan pinjaman PTPTN dan membuat kenyataan dangkal ianya sebagai 'peluang' Pakatan Rakyat melaksanakan pendidikan percuma.


PTPTN: SASARAN AWAL BN YANG MENEMUI JALAN BUNTU

PTPTN Tarik Balik Pembekuan Pinjaman Pada Unisel dan KUIS

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

umno Amal Politik Berdendam

Logo PTPTN
 
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.

Tuesday, June 5, 2012

KPOP BERTAM NITE 2012 - PKR Disabotaj




ini satu lagi penjelasan di bawah ini...

TERAS Kesal Salah Guna Wang Rakyat Untuk Plat Kereta

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Harga Petrol, Rakyat Dibodohkan Lagi

 
Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!

Monday, June 4, 2012

Ini Bukan Himpunan umno, Peserta Tidak Dibayar!


Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir.

Bagaimana Rahsia Sulit Negara Boleh Tergadai Mudah

Suaram menggesa kerajaan menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene.

"Setakat ini, perana Terasasi masih belum dijelaskan di Parlimen Malaysia.