Best Ever, Tolong Klik Sini!

Friday, June 15, 2012

Wang Negara Lebur Untuk Kunjungan Singkat Dan Peribadi Najib Rosmah

Rakyat tanggung RM3 juta untuk biaya kunjungan singkat Najib dan Rosmah ke luar negara

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Rosmah Mansor ke kota kosmopolitan London, New York dan Washington DC menyebabkan kerajaan menanggung kos hampir RM3 juta.


Menurut satu jawapan bertulis kepada MP DAP Seputeh Teresa Kok di Parlimen hari ini, Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles.

Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat perdana menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75.

Najib seterusnya, bersama Rosmah, berkunjung ke Washington DC untuk "kunjungan peribadi" iaitu menghadiri majlis graduasi anak lelaki beliau, Ashman di antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75.

No comments:

Post a Comment