Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan
kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak
RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90
seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1
daripada RON95 (RM1.90).
Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah
diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi
dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi
menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.
Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter
yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah
RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang
subsidi hanya berharga RM2.90!
Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka
harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang
lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!
Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi
RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang
berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97.
Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga
yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred
RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 -
RM1.45).
Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol
daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45
seliter! Macam mimpi!
Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung
dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan
menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi
berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?
Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat
memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan
Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada
RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..
Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan
harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang
berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh
lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)
Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih
murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan
Pakatan Rakyat!
Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"
Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi
petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di
pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di
Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.
No comments:
Post a Comment