Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil
keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada
siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Sebelum
ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS -
kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga
mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan
tersebut.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat
untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di
negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Tindakan
itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan
berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan
pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, seorang pegawai
tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini,
mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan
KUIS.
"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya)
pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak
mahu namanya disebut.
"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.
Sementara
itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN
telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel.
Pegawai yang
enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat
permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.
No comments:
Post a Comment