Anwar Ibrahim gemparkan mahkamah bahawa beliau mempunyai bukti menunjukkan akhbar utusan adalah alat dan kepunyaan parti umno.
Menurut Ketua Pembangkang
itu, beliau juga akan membawa bukti dokumen menunjukkan Utusan adalah
media tunggangan Umno dalam perbicaraan seterusnya.
“Keputusan untuk pecat atau lantik Ketua Editor Utusan adalah atas
arahan Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak), semua orang tahu itu,
kecuali peguam pembela,” katanya sinis kepada Peguambela, Datuk Firuz
Hussin.
“Saya tak ada bukti itu sekarang, tapi dalam sidang (perbicaraan)
seterusnya, saya akan bawa bukti bahawa Utusan memang bertindak atas
arahan Umno dan ia berlaku sejak lama dahulu,” tegasnya ketika memberi
keterangan.
No comments:
Post a Comment