AIC Malaysia
24 Julai 2012
Keputusan Mahkamah Bersih 2 : Menteri Dalam Negeri Wajar Memohon Maaf
Keputusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan pengisytiharan Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas
bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan
haram dan menyalahi undang-undang adalah satu tamparan hebat buat
Kerajaan Barisan Nasional khasnya.
AIC
Malaysia ingin mengulas keputusan Hakim Rohana Yusof ketika membacakan
keputusannya Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar
pengisytiharan kerajaan. Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri
Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.
AIC
Malaysia merasakan Hishammuddin seharusnya bersama-sama Kerajaan
Malaysia memohon maaf atas kesilapan pengisytiharan itu, dan juga
tindakan ganas serta tidak masuk akal terhadap pertubuhan, peserta dan
rakyat yang menyokong Bersih 2.0 termasuk mereka yang menyertainya pada 9
Julai.
Umum
mengetahui bagaimana Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh
Hishammuddin telah bertindak melabel Bersih 2 sebagai pengkhianat
negara, merampas t-shirt Bersih 2.0 serta tindakan-tindakan di luar
standard operasi biasa , sebelum dan semasa Perhimpunan Bersih 2.0
Justeru
tidak ada alasan lebih konkrit serta ruang untuk berdolak-dalik atas
ketidak upayaan Hishammuddin yang bukan sahaja gagal menangani tuntutan
rakyat dengan baik, malah bertindak sebaliknya dengan mentakrifkan
pertubuhan Bersih 2.0 sebagai haram serta melabel jutaan rakyat yang
mendukung tuntutan itu dengan pelbagai istilah negatif
AIC
Malaysia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Hishammuddin
serta Kerajaan Malaysia, serta percaya NGO serta jutaan rakyat lain juga
menunggu mereka bersikap positif serta menerima keputusan Mahkamah
Tinggi itu dan bertindak profesional.
Tidak
perlulah menyemarakkan permusuhan dengan rakyat yang jelas telah lebih
matang dan berani untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap
sebarang bentuk penindasan. Mungkin inilah juga peluang terbaik Kerajaan
Barisan Nasional dan Hishammuddin untuk mengotakan slogan Janji
Ditepati , dengan mengangkat aspirasi rakyat kembali kepada tempatnya.
Memetik kata-kata Bapa Kemerdekaan dalam Permasyuran Kemerdekaan
“Maka,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku
Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana
Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini
memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah
Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu
Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu
yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor,
Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang
dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan
keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan
kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa”
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC MALAYSIA
No comments:
Post a Comment