KUALA
LUMPUR 18 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap
dengan pendirian bahawa beliau tidak menyokong homoseksual dan ia sama
sekali bercanggah dengan laporan Utusan Malaysia yang memutar belit
kenyataannya.
“Defendan cuba memaksa saya dari pagi tadi untuk mengaku saya halalkan
homoseksual, padahal saya menentang perbuatan itu,” kata Anwar.
“Terang-terangan saya katakan, saya setuju dan sokong institusi
perkahwinan antara lelaki dan perempuan, bukan sebaliknya,” jelas beliau
lagi.
Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau juga akan membawa bukti dokumen
menunjukkan Utusan adalah media tunggangan Umno dalam perbicaraan
seterusnya.
“Keputusan untuk pecat atau lantik Ketua Editor Utusan adalah atas
arahan Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak), semua orang tahu itu,
kecuali peguam pembela,” katanya sinis kepada Peguambela, Datuk Firuz
Hussin.
“Saya tak ada bukti itu sekarang, tapi dalam sidang (perbicaraan)
seterusnya, saya akan bawa bukti bahawa Utusan memang bertindak atas
arahan Umno dan ia berlaku sejak lama dahulu,” tegasnya ketika memberi
keterangan.
Prosiding perbicaraan ditangguhkan Hakim, Datuk V T Singham ke 13 Ogos depan.
No comments:
Post a Comment