Best Ever, Tolong Klik Sini!
Friday, December 14, 2012
Nasib Penduduk Kg Buah Pala
Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.
“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.
Thursday, December 13, 2012
Skandal Politik: Speaker Parlimen Letak Jawatan
SINGAPURA - Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer semalam mengumumkan peletakan jawatannya selepas beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti.
4 Kamera AES Di Perak Disembur Cat Dan Ditumbangkan
IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan Perak mengesan empat kejadian
vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada
tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November
lepas.
Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata, ia melibatkan kamera yang dipasang di kilometer 205.6 berhampiran Kamunting dan kilometer 373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.
Beliau berkata, sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di sini juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.
Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata, ia melibatkan kamera yang dipasang di kilometer 205.6 berhampiran Kamunting dan kilometer 373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.
Beliau berkata, sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di sini juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.
Piala AFF 2012: Singapura Melangkah Ke Final, Akan Menentang Samada Malaysia Atau Thailand
JUARA tiga kali, Singapura mengesahkan slot ke pentas
final Piala AFF Suzuki 2012 dengan mengetepikan Filipina menerusi
agregat 1-0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar,
sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan ketika beraksi di Stadium Memorial Rizal, Manila minggu lepas.
Dengan kemenangan ini, Singapura akan menentang sama ada Malaysia atau
Thailand yang akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua yang
akan berlangsung di Bangkok, malam esok.
Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Singapura lebih
agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit ke-10, kubu
pasukan yang diberi gelaran 'The Azkals' diuji, namun rembatan kencang
dari luar kotak penalti tersasar apabila melencong ke kiri gawang lawan.
PR Mampu Kuasai 125 Kerusi Parlimen
Ia antara senario yang diketengahkan ketika banyak analisis dan laporan mula memberi tumpuan berkenaan soal bilangan kerusi bakal diperoleh oleh parti-parti yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan berlangsung sebelum akhir Jun depan.
Sebab Utama Anwar Dipecat
Menilai Kembali Barisan Nasional
Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun
1995 bertemakan, "Berwawasan, Adil dan Efisien,". BN berjaya memenangi
162 kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dalam pilihanraya umum tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam
kerajaan. Beliaulah Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan
Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Anwar Ibrahim memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN
itu. Pilihanraya 1995 itu merupakan pilihanraya umum yang pertama sejak
Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Harapan rakyat kepadanya untuk membawa perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai bakal Perdana Menteri.
Monday, December 10, 2012
Pentas 152: Konsert Apresiasi Seni Anak Muda - AIC Malaysia
Friday, December 7, 2012
Menteri Sukan Indonedia Letak Jawatan
Menteri sukan Indonesia pada Jumaat meletak jawatan selepas menjadi ahli kabinet aktif pertama di negara ini yang dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah bernilai jutaan dolar.
Menteri Belia dan Sukan Andi Alfian Mallarangeng memberitahu satu sidang akhbar di ibu negara, Jakarta, bahawa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menerima peletakan jawatannya awal Jumaat.
Wednesday, December 5, 2012
Jelajah Merdeka Rakyat Gombak: Samseng Umno Mengganas, Seorang Ditikam
Puak-puak upahan/samseng umporno/b-end datang membuat kacau dengan membaling batu dan objek keras ke atas orang ramai di tapak ceramah merdeka rakyat di gombak! seorang pendengar ceramah telah ditikam di bahu beliau! Ketua cawangan PAS Air Panas, Gombak cedera dikepala selepas terkena balingan pasu. InsyaAllah esok, laporan polis akan dibuat. Kami akan dedahkan lebih banyak bukti. Terus bersama kami. Hancur samseng lembu umporno
Subscribe to:
Posts (Atom)