Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan sebuah konsert Pentas 152
khusus untuk mengiktiraf dan menghargai peranan anak muda dalam
mengekspresi seni mereka.
Semua persembahan pada malam itu akan disampaikan dalam Bahasa
Melayu, sejajar dengan tujuan utama konsert tersebut, iaitu
memartabatkan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.
Konsert yang membariskan 16 kumpulan pemuzik dan penyair itu bakal
berlangsung pada 12 Disember 2012, bertempat di Pentas Utama Selangor
Agro Fest, Stadium Malawati Shah Alam, bermula jam 8.30 malam.
Kartunis, Ronasina akan tampil sebagai pengacara di samping penampilan
khas oleh Hishamuddin Rais, Hasmi Hashim dan Pyan Habib.Konsert tersebut
turut mendapat kerjasama Alumnus Sekolah Politik,
Akademi Pak Sako, Radio Bangsar Utama, Jalan Telawi, Institut
Pemberdayaan Strategik (IPS) dan Grup Pemikir Muda (GPM)
No comments:
Post a Comment