Best Ever, Tolong Klik Sini!

Friday, December 7, 2012

Menteri Sukan Indonedia Letak Jawatan

 

Menteri sukan Indonesia pada Jumaat meletak jawatan selepas menjadi ahli kabinet aktif pertama di negara ini yang dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah bernilai jutaan dolar.

Menteri Belia dan Sukan Andi Alfian Mallarangeng memberitahu satu sidang akhbar di ibu negara, Jakarta, bahawa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menerima peletakan jawatannya awal Jumaat.


"Saya percaya bahawa tuduhan terhadap saya seperti yang dilaporkan oleh media adalah tidak benar," kata Mallarangeng, sambil menambah beliau akan diadili di mahkamah.

Pengerusi Suruhanjaya Pembasmian Rasuah Abraham Samad memberitahu satu sidang akhbar awal Jumaat bahawa Mallarangeng disyaki secara salah menguruskan pembinaan kompleks bernilai $122 juta di bandar Bogor Jawa Barat.

Samad berkata Mallarangeng yang juga setiausaha lembaga penaung Parti pemerintah Demokratik, akan didakwa menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan dirinya atau orang lain, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Pada Khamis, suruhanjaya itu meminta imigresen untuk mengharamkan Mallarangeng dan dua suspek lain, termasuk adik beliau, Andi Zulkarnaen Mallarangeng, daripada pergi ke luar negara.
Mallarangeng telah beberapa kali dipersoal mengenai kes tersebut.

No comments:

Post a Comment