Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Kedutaan Malaysia Lancar Pelan Pemindahan Pelajar Di Mesir

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah melancarkan Pelan Tindakan Pemindahan untuk membawa keluar warga Malaysia, khususnya pelajar dari negara bergolak itu.

Berdasarkan kenyataan yang disiarkan di blog Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, operasi pelan akan bermula hari ini (2 Feb), di mana rakyat Malaysia akan dibawa keluar melalui penerbangan ataupun pelayaran.


Berdasarkan modus operandi pelan berkenaan, mereka yang masih berada di negara itu akan dikumpulkan di beberapa tempat sebelum penerbangan keluar dibuat dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Kesemua individu yang diselamatkan melalui penerbangan ehsan akan dikumpulkan di Jeddah.


Individu dari Kaherah akan berkumpul di Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK; dari Iskandariah akan berkumpul di Rumah MARA manakala mereka dari Mansourah pula akan diterbangkan ke Iskandariah sebelum dibawa ke Jeddah dan berkumpul di Hotel New Mansourah.


Para peserta dikehendaki berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang pada masa yang ditetapkan iaitu di Kaherah pada 11 pagi 2 Feb; dan pada 10 pagi 3, 4 dan 5 Feb.


Peserta dari Iskandariah pula perlu berkumpul pada 9 pagi 4, 5 dan 6 Februari.


Rakyat Malaysia yang mengikuti pelayaran pula akan melalui Pelabuhan Al-Adabiyah sebelum ke Pelabuhan Jeddah dan berkumpul di Kompleks Haiyyui Ashir.

"Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia," demikian menurut kenyataan itu.

Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Klang.


Kos perjalanan balik ke Mesir adalah atas tanggungan sendiri.


Bagaimanapun perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.

Setiap peserta hanya dibenarkan membawa bagasi kecil tidak melebihi tujuh kilogram, selain diingatkan supaya membawa pasport/dokumen perjalanan yang sah.


Menurut kenyataan itu lagi, operasi menyelamat itu akan terlebih dahulu ditumpukan kepada pelajar wanita, pelajar berkeluarga, pelajar yang uzur dan sakit, berada di zon risiko tinggi, pelajar tahun pertama dan pelajar sekolah rendah/sekolah menengah.

Selain itu, pelajar juga perlu mengisi borang makluman pelajar sebelum mengikuti penerbangan dan pelayaran berkenaan.


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada para pegawai kedutaan iaitu Saharudin Hassan (+2010-5005338), Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004), Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264) dan Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715).


- Bernama

Monday, January 4, 2010

Tangguh atau Tiada Sambutan (upah)

Haduiii.. Sudahlah berdrama tu wahai pemuda umNO! katakanlah yang benar walaupun ianya pahit untuk ditelan. Katakanlah bahawa demo yang kami lakukan tidak diterima masyarakat dan memalukan. Katakanlah kami tidak ikhlas dalam berjuang. Katakanlah kami hanya monyet-monyet dijalanan.

Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh Selangor Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Demonstrasi: Kerahkan FRU dan Polis Berjaga-Jaga!

Mungkinkah akan ada tangkapan Jumaat ini sedangkan penyebaran risalah-risalah diluar masjid juga tidak dibenarkan inikan pula ingin berdemonstrasi. Jangan haraplah polis nak bagi bang oii.. Siap sedia lah pasang lawyer.

Pertubuhan Pribumi Perkasa merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara Jumaat ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

Setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali memberitahu AFP hari ini bahawa pertubuhannya itu mahu mengadakan protes tersebut di luar masjid-masjid utama.

"Kami mahu kerajaan membatalkan keputusan mahkamah itu. Kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Tiada sebarang keraguannya mengenainya,” katanya.

Isu Allah: Selamat Tahun Baru !

Yap, Selamat Tahun Baru semua dari Problem Dunia! Hijriah dan Masihi keduanya juga menyambut tahun baru hampir serentak.

dan digunakan dengan sebaiknya oleh puak umNO dan bee end dengan melancarkan perang saraf kepada rakyat Malaysia. Yah, isu harga gula, enjin jet dan harta tentera serta keretakan puak kerajaan ini ditutupi dengan sebaiknya dengan melancarkan isu yang lagi tampak besar.

Sejak bila umNO berdemonstrasi isu agama. Islam juga amat payah disebut mereka. Perlu diingati kempen umNO Juara Rakyat bakal dilancarkan tdak lama lagi dan pasukan gerak saraf umNO perlu menjalankan kerja-kerja seawal mungkin untuk merelevankan parti umNO.

nah.. ini jawapan atas segala agenda dan isu besar dalam Malaysia lewat waktu ini.

kepada Pakatan Rakyat terdiri dari 3 parti pembangkang terbesar Malaysia: Jangan silap langkah!

Wednesday, November 25, 2009

Ahli Hindraf Mogok Lapar Di KLCC

Seramai 18 orang ahli Hindraf hari ini mengadakan mogok lapar tepat jam 9.15 pagi di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.

Ketua penerangannya, S.Jayathas berkata, 18 individu berkenaan mewakili 18 permintaan masyarakat India kepada kerajaan yang dibuat pada dua tahun lalu namun masih belum mendapat sebarang jawapan.

Katanya, pada jam 1.30 petang pula, sekumpulan kanak-kanak akan menyertai perhimpunan ini.

Bagaimanapun pihak polis meminta kumpulan berkenaan bersurai.

Kumpulan itu bagaimanapun hanya berpecah kepada lima kumpulan kecil bagi mengelakkan di tangkap

Bagaimanapun, pada jam 10.15 pagi berlaku kekecohan apabila polis cuba menghalang tiga orang peserta mogok lapar yang duduk berhampiran pintu masuk KLCC, bagaimanapun mereka mendakwa pihak pengurusan KLCC membenarkan mereka duduk di situ.