Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Zulkifli Nordin. Show all posts
Showing posts with label Zulkifli Nordin. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Zulkifli Nordin - Hang Takut Nak Jawab

Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee menyifatkan Ahli Parlimen Kulim :Bandar Baharu, Zulkifli Noordin seorang yang gemar memutar belit fakta. Katanya, Zulkifli sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya, walaupun terpaksa mempergunakan nama pihak ketiga.
“Saya dedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dengan mudah oleh Zulkifli. Dengan penampilan dirinya itu saya yakin ramai yang sudah terpedaya,” katanya, ketika ditemui, di sini.
Soo Nee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim berkata, beliau terpanggil untuk mendedahkan rahsia Zulkifli kerana tidak sanggup lagi bersubahat dengan Ahli Parlimen bebas itu, terutama apabila Zulkifli mendakwa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Jika benar beliau ikhlas dan profesional, sepatutnya ketika menerima tawaran itu beliau membuat laporan polis atau mendedahkannya kepada umum. Tetapi kenapa baru sekarang, setelah hampir empat tahun berlalu?” katanya.
Soo Nee berkata, ketika sama-sama berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), Zulkifli pernah mengaku menyimpan bukti kes pembunuhan itu, ketika mewakili tertuduh dalam kes terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri, tetapi menarik diri kerana didakwa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.
Mengulas mengenai insiden yang dianggapnya menganiayai rakan separti, Soo Nee berkata, Zulkifli pernah menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada PRU-12, untuk meminta wang bagi digunakan ketika berkempen dengan menggunakan nama pihak ketiga. “Mengikut rekod SMS itu, katanya, jentera Pas meminta RM21,000 untuk berkempen dan jika tidak dipenuhi, jentera Pas akan memboikot kempen itu. Katanya, saya hanya perlu tanggung sebahagian kos, iaitu RM7,000,” katanya.
Soo Nee berkata, memandangkan beliau tidak memberi maklum balas kepada SMS itu dengan segera, Zulkifli menghantar SMS kedua, memaklumkan kemarahan pihak terbabit dan meminta beliau memberi sejumlah yang mampu.
“Setelah Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya itu, kebetulan saya terjumpa Yang Dipertua Pas Kulim Bandar Baharu ketika itu, Yaakub Husin dan bertanya mengenai hal itu, tetapi beliau menafikan meminta wang untuk berkempen. Sejak itu, saya tertanya-tanya bagi tujuan apa duit itu diambil oleh Zulkifli?” katanya.:
Dengan pendedahannya itu, Soo Nee mencabar Zulkifli membuat kenyataan balas terhadap semua tindakannya, atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan untuk menegakkan kebenaran. “Eloklah buat pilihan raya kecil (PRK). Selepas itu kita lihat sama ada penduduk Kulim Bandar Baharu masih menyokong beliau atau sebaliknya,” katanya. Soo Nee berkata, beliau berani membuat tuduhan ini kerana sehingga kini beliau masih menyimpan bukti, termasuk SMS yang dihantar Zulkifli dua tahun lalu, bertarikh 5 Mac dan 6 Mac.
Sementara itu:, Zulkifli, ketika dihubungi berkata, beliau tidak berminat berbalas kenyataan secara terbuka. Menurutnya, apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepadanya “tidak perlu diperbesarkan” dan beliau “tidak kisah dengan tuduhan itu”, walaupun tuduhan itu sedikit sebanyak akan mencalar imejnya sebagai seorang pemimpin.
“Saya tidak minat untuk menjawab semua pertuduhan itu secara terbuka. “Saya tak minat langsung nak komen isu ini. Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya.: ”Saya minta dia jaga kawasan dia dengan elok supaya dapat jadi calon pada masa akan datang. “Biarlah apa dia nak kata. Saya tetap dengan pendirian saya, tak mahu berbalas kenyataan tentang isu yang dibangkitkan,” katanya.

Friday, March 12, 2010

Kalau tak silap saya sudah dua tiga hari YB Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam mencabar YB Zulkifli Nordin untuk berdebat isu kalimah Allah. Isu yang mencetuskan konflik mereka berdua sehingga membawa kepada pemecatan Zulkifli Nordin dari PKR.Tetapi sehingga hari ini belum terdengar sebarang jawapan dari Zulkifli Nordin yang cukup lantang di depan media sehari dua ini. Sebelum ini pelbagai istilah diberi kepada pemimpin Pakatan Rakyat dari anak firaun sehinggalah ke budak hingusan semua terpacul dari mulut beliau.


Beliau sebelum ini cuba menggambarkan bahawa dirinya seorang yang berprinsip dan tidak akan menggadaikan prinsipnya. Jadi gelanggang debat adalah medan yang terbaik untuk membuktikan keberanian dan prinsip yang dipertahankan.Sudah pasti ramai yang menunggu kehadiran dan jawapan beliau dalam sesi debat nanti. Kita tunggu adakah beliau bersedia berdebat atau sebaliknya. Bagi saya hanya budak hingusan sahaja yang tidak berani berdepan dan berdebat di depan khalayak ramai.

Tuesday, March 9, 2010

Undian SMS Edisi7 Katak-Katak Politik Perlu Kosongkan Kerusi


Undian SMS Edisi 7 menyatakan 93% berpendapat mereka yang kelaur parti perlu juga mengosongkan kerusi mereka. Itulah suara rakyat.

Sementara itu, semalam, Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar empat anggota Parlimen yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 15 Mac ini.

"Saya mencabar mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat kelak bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang anggota Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan ahli Parlimen akan gugur secara automatik.

Empat anggota Parlimen terbabit ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baru).

Karpal Singh berkata oleh kerana DAP merupakan anggota dalam pakatan pembangkang, beliau menyifatkan mereka sebagai satu keluarga dan berhak mencampuri urusan PKR.

"Jika mereka mengatakan pemilihan mereka berdasarkan pilihan rakyat, saya cabar mereka meletak jawatan dan satu pilihan raya (kecil) diadakan untuk membuktikan kemenangan mereka memang dipilih oleh rakyat dan mereka harus ingat, jangan bermegah kerana mereka menang pun atas tiket PKR," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor yakin tiada lagi pemimpin PKR akan keluar parti kerana mendakwa "pengkhianat" dalam PKR sudah tiada.

"Saya yakin selepas ini tiada lagi yang akan keluar parti walaupun Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyat keluar parti itu namun saya lihat ia satu proses pembersihan parti," katanya.

Wednesday, February 10, 2010

Zulkifli Menyalak Melayu Tapi Libatkan PKR Yang Multiracial. Apa Kes?

Ini soalan bangang untuk dijawap oleh Zulkifli Noordin..

Dap tidak patut ada dalan Pakatan malah Pas dan PKR perlu bebincang dengan umno demi masa depan Islam dan Melayu. Masalahnya sekarang sanggup kah Umno menyingkirkan MCA dan Gerakan yang tidur sebantal selama ini? MCA dan Gerakan jugak cina macam DAP. Cina yang bersama-sama Umno dan cina DAP ni ada bezakah?? Jawab sat Zul..!!

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan, DAP tidak diperlukan dalam pakatan kerana parti itu menjadi punca utama kepada semua masalah dalaman yang melanda pembangkang sekarang.

Katanya, kes pusat penyembelihan babi di Kedah dan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin sebahagian contoh tindak-tanduk DAP sebagai “duri dalam daging” bagi pakatan.

“DAP tidak diperlukan, malah ‘duri dalam daging’ kepada pakatan selain menjadi punca kepada masalah-masalah yang berlaku dalam pembangkang.

“Di Kedah, DAP mengugut kerajaan apabila pusat membela babi dirobohkan pihak berkuasa, manakala Fairus Khairuddin pula ditekan sehingga berhenti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam tadi.


Jelas Zulkifli, pakatan pembangkang perlu berani mengambil risiko termasuk kemungkinan hilang kuasa di negeri yang mereka tadbir sekarang bagi menyingkirkan DAP demi kepentingan rakyat dan negara.

Mengulas lanjut mengenai peranan sulit DAP, beliau memberitahu, banyak aduan telah dibuat sejak pakatan pembangkang ditubuhkan termasuk tindak-tanduk parti tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

“Bukan tak guna saluran dalaman, sudah disuarakan dalam mesyuarat dan sebagainya, tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini kerana kecewa dengan pendirian pucuk pimpinan parti yang tunduk kepada DAP.

Mengulas kerjasama dengan UMNO, Zulkifli berkata, Pas dan PKR seharusnya mengambil peluang mengadakan perbincangan Islamiah dengan UMNO dan membuang perasaan buruk sangka atau prejudis.

“Siapa yang memartabatkan perjuangan Islam adalah sahabat kita, tidak kiralah PKR, Pas atau UMNO,” tegasnya. - Utusan

Ulasan Problem Dunia

Bukan DAP yang perlu dikeluarkan dari Pakatan Rakyat tetapi Zul Kulim ni yang perlu disingkirkan. Problem Dunia seakan sudah tidak mengelnali Zulikifli Nordin ini yang suatu ketika pernah menentang umNO habisan. Zulkifli perlu tahu sejak awal lagi perjuangan parti-parti didalam Pakatan Rakyat adalah menentang kezaliman, keangkuhan, rasuah, penindasan dan banyak lagi yang dimainkan oleh pasti umNO dan barisan nasional. Bagaimana tergamaknya Zulkifli sanggup bersekongkol dengan mereka atas dasar bangsa dan agama sedangkan umNo sendiri memperjudikan agama dan bangsa secara terangan demi kocek mereka.

Problem Dunia kesal dan sudak tak nampak Zulifli Nordin ikhlas nak memperjuangkan Islam yang unggul mahupun ideologis PKR... kalau ada pun jenis ekstrimis yang kurang menggunakan kebijaksanaan berpolitik.

Cakap2 Zulkifli Nordin sekarang senada skrip seperti pembelot-pembelot Pakatan Rakyat yang lalu malah cukup terang sebagai jurucakap UMNO/BN. Menjadi assabiyyah terunggul sedangkan sudah pasti PKR bukanlah parti perkauman malahan multiracial. Sedarkah Zulkifli Nordin? Jika ingin memperjuangkan bangsa silalah pilih ke umNO dan bukannya PKR, PAS ataupun DAP.