Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, May 10, 2010

Piala Thomas 2010: Malaysia Beroleh Kemenangan Yang Pertama

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan kemenangan, 5-0 kepada skuad negara mengikut peraturan, ekoran kelewatan skuad Nigeria tiba sebelum perlawanan.

Ketua Pegawai Operasi, Thomas Lund berkata, pihaknya (BWF) masih belum memutuskan sama ada Nigeria boleh meneruskan perlawanan menentang Jepun, hari ini.

“Kami mempunyai kuasa untuk memutus sama ada mereka (Nigeria) layak atau tidak meneruskan perlawanan.

“Apa yang berlaku kepada mereka adalah di luar jangkaan, dan kini kami tidak mempunyai sebarang informasi mengenai mereka,” katanya pada sidang media, semalam.

Nigeria dijangka tiba pada jam 3 petang semalam, di jadualkan menentang Malaysia dalam saingan kumpulan B, jam 6 petang semalam, namun sehingga jam 8.15 malam, kelibat skuad itu masih tidak kelihatan.

Bagaimanapun, mereka dijangka tiba selewatnya jam 9 malam ini (semalam) atau pagi ini. Kelewatan itu berpunca daripada jadual penerbangan di Dubai yang terpaksa ditunda dan merupakan kali kedua masalah sama menimpa skuad itu.

Namun, tiga pegawai negara itu, yang menaiki penerbangan berlainan dengan pemain mereka dilihat tiba awal petang semalam.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perseorangan, Rashid Sidek, melahirkan rasa kecewa dengan kejadian yang berlaku kerana tidak dapat memulakan perlawanan pemanas badan.

“Pemain sudah bersedia bermain dan tidak sabar untuk beraksi namun apa yang berlaku di luar jangkaan.

“Mereka sudah tunggu lama namun tidak menunjukkan sebarang. Apa yang penting sekarang kita perlu meneruskan latihan dan fokus kepada perlawanan akan datang menentang Jepun, Rabu ini,” katanya.

Rashid berkata, jika perlawanan menentang Nigeria berlangsung mengikut jadual, ia permulaan yang baik buat pasukan memandang mereka merancang menurunkan barisan pemain terbaik.

Perlawanan seterusnya skuad Thomas negara bakal bertemu Jepun, Rabu ini. Manakala skuad Uber bertembung dengan Amerika Syarikat dalam saingan kumpulan A.

“Kita perlu menang perlawanan esok (hari ini) dan akan membariskan pemain yang terbaik,” katanya.

No comments:

Post a Comment