Best Ever, Tolong Klik Sini!

Tuesday, May 18, 2010

Ustaz Farid Ravi Nafi Kena Rompak, Perbuatan Khianat Penjenayah Siber

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah menafikan telah dirompak di luar negara dan memerlukan bantuan kewangan untuk kembali ke tanah air.

“Saya sekarang di Malaysia, di Bangi dan bukan di Scotland,” katanya kepada Sinar Harian, semalam ketika mengulas penyebaran penipuan melalui emel peribadinya mengatakan beliau kini berada di sebuah balai polis di Scotland dan meminta bantuan kewangan daripada semua rakan-rakannya di seluruh dunia.

Menurutnya, dalam emel itu mendakwa beliau berada di balai polis berkenaan untuk membuat laporan polis kerana baru sahaja disamun dan memerlukan bantuan kewangan untuk kembali ke negara ini.

Mohd Farid berkata, individu terbabit menggunakan nama dan alamat emel beliau termasuk menukar kata laluan bagi memudahkannya mengakses semua kenalan beliau di seluruh dunia.

Katanya, tindakan itu adalah perbuatan ‘penjenayah internet’ yang menceroboh masuk emel beliau untuk mengaut keuntungan sekali gus merosakkan nama beliau.

“Saya kesal kerana individu ini mengatakan saya amat memerlukan bantuan kewangan dan meminta semua rakan-rakan dalam jaringan emel saya supaya memasukkan duit dalam akaun yang juga didakwa akaun saya.

Mohd Farid berkata, emel palsu itu sudah tersebar luas kepada semua rakan-rakannya di dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment