Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, August 18, 2010

Penternak Ayam Dituntut Tunai Janji


KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan pengguna menuntut Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga ayam selepas seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa.
Sehingga semalam, harga ayam di kebanyakan negeri masih tidak berubah dengan ada pembeli terpaksa membelanjakan RM7 sekilogram untuk membeli ayam.
Dalam reaksi segera terhadap isu harga ayam yang masih mahal, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa ia menjadi bukti sikap penternak ayam yang terus memanipulasi pembeli.
"Harga ayam masih lagi sama, tiada tanda-tanda hendak turun.
"Setiap tahun situasi ini berulang dengan persatuan penternak masih berdolak-dalik untuk turunkan harga sebab permintaan tinggi,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment