Drs. Khalil Idham Lim
Hujan tidak, ribut pun tidak tiba-tiba Harussani Zakaria menimbulkan kontraversi terbaru yang saya anggap sangat murahan dan menampakkan kecelaruannya terbarunya dengan mendakwa ada individu tertentu mengambil kesempatan meng hasilkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada.
Katanya, beliau difahamkan sekarang ini sudah ada perlembagaan baru dibuat di Alor Setar, Kedah dengan isi kandungannya antara lain menyebut mahu menyisihkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.
"Kebetulan saya berceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang memberikan saya tiga buku perlembagaan (baru) yang dikehendaki oleh pihak tertentu," katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya.
Kalau benarlah apa yang didakwanya itu alangkah baiknya dia menyerahkan bahan bukti yang diterimanya kepada pihak polis untuk mengadakan siasatan, bukannya mendedahkan dalam forum yang tidak dapat menyelesaikan masalah.
Soalnya siapakah yang ingin "dikambing hitamkan" oleh jaguh perpaduan Melayu itu bila ditanya siapkah yang menyerahkan teks itu. Adakah ada pihak tertentu yang sengaja membuat onar dan dijadikan peluru baru untuk menembak pihak tertentu.
Kalau itulah plot barunya kita sudah tahu "jantan dan betinanya".
Dalam perkembangan yang berkaitan Hishamddin Tun Hussein mengesahkan Kementeriannya belum menerima sebarang maklumat berkaitan mengenai dakwaan Harussani tentang individu tertentu yang mengambil kesempatan menghasilkan buku Perlembagaan Negara yang baru bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada.
Hishammuddin Tun Hussein juga berkata, sebarang pandangan untuk menuntut pindaan Perlembagaan perlu dibawa kepada kerajaan dan jemaah menteri terlebih dahulu.
Setakat ini saya belum mendengar wujud sebarang pindaan Perlembagaan Negara dan tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan perlembagaan baru seperti yang dikehendaki oleh pihak tertentu. Kata Hishamuddin.
Kenyataan Hishamuddin mengesahkan bahawa sekali Harussani menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat. Masing-masing bertanya siapakah yang dimaksudkan.
Janganlah main "baling batu sembunti tangan" dalam perkara serius ini.
Nampaknya Harussani makin bercelaru dengan mengambil alih tugas Menteri Dalam Negeri dan Polis. Tidak salah suatu masa dulu dia pernah jadi SB, dan adakah dia sudah lupa dia sudah bergelar Mufti sekarang ?
Kerana itu saya mendesak pihak Polis untuk memanggil Harussani untuk disoal siasat berhubung dakwaannya itu. Sebarang bukti dari kenyataannya boleh menjadi petunjuk kepada pihak polis untuk bertindak.
No comments:
Post a Comment