Oleh : Pria Malaya
Artikel di bawah di petik dari sebuah laman blog penyokong tegar umno,malaysiaheaven.blogspot.com...
Datin Seri Rosmah Perlu BerundurP/S: TERBARU - Satu lagi blog pro-Umno meluahkan perasaan kurang senang beliau bukan sahaja terhadap Rosmah Mansor, tetapi juga terhadap Najib yang dilihat seolah2 'lemah' dalam menyelesaikan isu2 yang membelenggu diri mereka berdua...
Didalam sejarah perdana menteri Malaysia, tiada lagi isteri pemimpin melibatkan diri secara terbuka melainkan Ds Rosmah Mansor. Sejak DS Najib menjadi PM, sejak itulah nama DS Rosmahpun menjulang tinggi.
Maaf bukan nak mengata tetapi cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah KJ menjadi punca perpecahan UMNO dan rakyat semasa zaman Pak Lah dahulu. Sejak DS Najib menjadi PM, pelbagai fitnah dilemparkan oleh orang kafir terhadap DS Rosmah.
Mengundurkan diri bukanlah bermakna membenarkan segala fitnah terbabit sebaliknya untuk menjernihkan semula keadaan. Lagipun pemberian peruntukan yang sangat besar untuk program Permata membuatkan ramai yang terkilan.
Apa perlunya program Permata sedangkan negara sudah ada program KEMAS. Dan program Permatapun bukanlah masuk ke kampung kampung pendalaman. Hanya kanak kanak yang cerdik sahaja yang terpilih. Jadi dimana perlunya program sebegini.
Tambahan pula cerita mengenai islamic fesyen baru baru ini jelas mencalarkan kredebiliti DS Najib sebagai PM. DS Rosmah seharusnya berundur segera sebelum terlambat. DS Rosmah perlu mencontohi isteri pemimpin terdahulu dengan mengamalkan low profail.
Bukan tak boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti tetapi biarlah dibelakang tabir sahaja. Tidak perlu menunjukkan muka mencari publisiti walaupun aku percaya itu bukanlah tujuan asal beliau.
Cukuplah perbuatan si Kitol dahulu. Jangan disebabkan DS Rosmah, UMNO menjadi mangsa di PRU13 nanti. Sekali lagi aku nak tegaskan, DS Rosmah perlu berundur. - malaysiaheaven.blogspot.com
Penulis petik antara kandungan 'luah perasaan' penyokong/blogger Umno terbabit sepertimana di bawah...
FACT 1 - Rosmah bukanlah pujaan rakyat sebagaimana dia fikirkan. Tak tahulah orang Umno tapi jujur ni, nama Rosmah kalau disebut dalam ceramah pasti mengundang gelak tawa sinisBaca seterusnya di dalam blog dinturtle.blogspot.com...
FACT 2 - Isu ini sebagaimana poster dibawah TIDAK menolong imej Rosmah dan Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Dan bila sebut Islam, ia menjadi satu isu yang AMAT sensitif dikalangan rakyat.
FACT 3 - Isu sebegini LEBIH DEKAT dihati orang Islam dari isu ekonomi termasuk isu Melayu. Di Pantai Timur saya yakin, tak tahulah ditempat lain.
FACT 4 - Rosmah adalah penaung IFF dan itu sudah cukup mengaitkan beliau dan gambar Najib bersama Rosmah diatas pentas adalah bukti yang amat kuat.
FACT 5 - Peristiwa berlaku 2 bulan lalu dan sehingga kini tidak ada reaksi dari Najib/Rosmah untuk cuci tangan dari isu ini.
FACT 6 - Banyak kerusi menang/kalah di PRU12 majoritinya kecil, BN tidak mampu kehilangan walau sedikitpun sokongan dek isu ini atau apajua kesilapan remeh.
Terserahlah pada Umno bagaimana hendak menangani isu ini, saya cuma memperingati saja. Tapi kalau diizinkan, saya ingin cadangkan Tuan berdua minta maaf kepada rakyat dan umat Islam Malaysia dan Pn Rosmah menarik diri dari menjadi penaung dan Malaysia mengumumkan tidak lagi mau terbabit dengan organisasi itu dalam apajua kapasiti sebagai tanda protes. - dinturtle.blogspot.com
Sungguh kasihan..tatkala blogger otai Umno mengambil pendirian untuk mempertahankan Rosmah bermati-matian, rupanya ramai juga dikalangan penyokong bawahan Umno mengecam dan membantah Rosmah Mansor..apakah kehancuran Umno bermula dari Rosmah Mansor sebagaimana jatuhnya Pak Lah dahulu atas faktor menantunya, Khairy Jamaluddin?...fikir2kan..wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment