Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Zaid Ibrahim. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Zaid Ibrahim Presiden Parti KITA

Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.

NONEBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil-alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.

Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

NONEZaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.

Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.

KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

Tuesday, December 14, 2010

Zaid Sertai Akim Dan Bakal Terajui Malaysia?? Ha..Ha..

Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu.

Zakaria berkata Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.

Zaid sebelum ini telah menerima notis keluar PKR pada 19 November lalu walaupun pernah mengumumkan akan keluar parti itu pada 16 Disember ini.

“Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu.

“Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika ditanya sama ada Zaid akan bertanding jawatan presiden Akim, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri kerajaan pusat itu.

“Terpulang kepada Zaid sama ada mahu bertanding ataupun tidak, jika mahu bertanding jawatan itu (presiden) saya akan beri laluan.

“Keputusan itu juga bergantung kepada keputusan ahli yang lain, saya tidak boleh buat keputusan,” katanya.

Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur lusa bagi memilih barisan kepimpinan yang baru.

“Zaid kemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat agung ini,” kata Zakaria lagi.

Sebelum ini Zakaria berkata beliau sedia memberi laluan kepada Zaid untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya.

Beliau juga yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu.

Friday, November 19, 2010

Akhirnya Zaid Keluar PKR dan Tubuh Parti Baru: Selamat Jalan Zaid Ibrahim!

Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memilih 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu.

Bercakap kepada wartawan pagi ini, Zaid juga mengumumkan bahawa beliau telah mengemukakan surat perletakkan jawatannya dari PKR hari ini tetapi hanya berkuatkuasa bulan depan.

"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember," katanya dengan nada sinis.

Zaid berkata tindakan meninggalkan PKR terpaksa diambilnya berikutan episod pemilihan parti di mana beliau telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

“Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.

“Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.

“Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser'. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya,” kata Zaid yang membacakan kenyataan yang turut dimuatkan di blognya.

Pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid berkata menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepadanya.

Bukan penakut

“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

“Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu,” katanya.

Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.

“Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat,” katanya.

Pada sidang medianya, Zaid juga berkata sekalipun hujan atau ribut, petir, beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sama ada sebagai calon bebas ataupun di bawah parti baru.

"Saya tetap akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Jika kami gagal menubuhkan parti baru, walaupun sukar untuk gagal kerana Malaysia ada banyak parti, saya akan bertanding sebagai calon Bebas.

"Tetapi politik adalah permainan yang sunyi, jadi adalah lebih baik jika dapat bertanding dengan rakan-rakan di bawah tiket yang sama,” katanya.

Menurut Zaid, meskipun diberi amaran oleh ramai peminat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa karier politiknya akan hancur atau terkubur, namun baginya ia tidak penting.

“Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini,” katanya lagi.

Monday, November 15, 2010

Zaid Main Politik Kotor, Sila Keluar Jika Punyai Masalah

Datuk Zaid Ibrahim meneruskan tentangan terhadap gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam wawancara di dua akhbar dikawal pemerintah, Mingguan Malaysia dan New Sunday Times hari ini.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Zaid menyeru penolakan terhadap "politik tipu helah," yang walaupun tidak disebut dengan tepat, ditujukan kepada Anwar dan Azmin.

Dalam kedua-dua wawancara, Zaid menegaskan PKR ialah parti Anwar dan oleh kerana itu sukar perubahan hendak dilaksanakan, dan suara ahli-ahli tidak bermakna.

Beliau juga mengkritik Azmin sebagai tidak mampu menjadi pemimpin PKR.

Zaid juga menyatakan kemungkinan menubuhkan parti baharu jika disingkir daripada parti. Ini disebabkan parti-parti sedia ada tidak selari dengan pendirian politik liberal beliau.


Sokongan yang beliau terima daripada liberal di negara ini menunjukkan perjuangannya yang masih panjang, dan akan terus dikemukakan sebagai seorang pemimpin dalam pembangkang walau apa keputusan pemilihan PKR kali ini.

Dalam New Sunday Times, Zaid menyarakan seorang pemimpin PAS ditonjolkan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, kenyataan yang bermaksud Anwar tidak boleh lagi memimpin PR.

Lebih memperlihatkan kesediaannya menyaingi Anwar ialah apabila beliau menamakan pemimpin-pemimpin yang lebih liberal dan menyokong kuat Anwar, yakni Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid Yusuf, Dr Dzulkifly Ahmad dan Khalid Samad.

Tindakan ini merupakan satu usaha untuk menarik sokongan mereka daripada Anwar. Pemimpin tersebut, yang dilabel "Erdogan" dalam PAS, menyokong kuat Anwar dan semua agendanya termasuk pelan peralihan kuasa "16 September."

Wawancara tersebut, kali kedua dalam tempoh lebih kurang tiga bulan dengan Mingguan Malaysia dan pada hari sama dengan dua buah akhbar harian, menunjukkan Zaid akan terus melawan Anwar dan Azmin, dan mungkin semakin mempunyai sokongan, walaupun hanya untuk menjatuhkan dua individu itu.

Kesediaan diwawancara akhbar propemerintah memberi simbol penentangan terhadap pendirian Anwar dan pembangkang.

Tindakan Zaid ini menjadikan politik PKR - dan juga PR - semakin kompleks terutama melibatkan kedudukan Anwar, dan menunjukkan Zaid akan terus menjadi satu faktor penting dalam politik pembangkang.

Apa yang dilakukan mampu memberi kesan kepada hubungan antara parti dalam
PR.

Setakat apa yang sedia dilakukan Zaid sehingga kini, tidak nampak tanda beliau akan menghentikan penentangannya terhadap Anwar, malah mencari sokongan lagi dalam usahanya itu. - SiasahDaily

Friday, November 12, 2010

Zaid Ibrahim Seorang Yang Bermasalah. Yang lain Kekal Menyokong Anwar

Satu persatu pemimpin PKR tampil mempertahankan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar

Dalam satu kenyataan hari ini, calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub (kiri) berusaha menjauhkan diri dari Zaid, dengan mengatakan bahawa beliau menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar.

"Saya ingin menyatakan bahawa sokongan penuh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah.

"Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.

"Saya percaya bahawa Keadilan, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara," tegas Mustaffa.


Sebelum ini Mustaffa dilihat sehaluan dengan Zaid apabila kedua-
duanya menggesa supaya proses pemilihan pucuk pimpinan PKR ditangguhkan kerana mendakwa berlaku penyelewengan dan penipuan.

Mustaffa menghadiri sidang akhbar di kediaman Zaid pada hari Selasa, di mana beliau mengeluarkan kata-dua 48 jam kepada ibupejabat parti itu supaya menangguhkan pemilihan.

Mustaffa beredar sebelum Zaid (kanan) mula mengedarkan kenyataannya, yang menuduh Anwar dan naib presiden Azmin Ali sebagai punca masalah dalam PKR. Hari ini Mustaffa menegaskan bahawa beliau tidak menyokong serangan Zaid terhadap ketua umum PKR itu.

"Saya disalah petik '

Beliau juga mendakwa akhbar Berita Harian melakukan kesilapan dalam keterangan gambar yang bertulis "Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur, pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam".

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan Keadilan 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

"Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid tanpa kehadiran saya," tegasnya.

Bagaimanapun, sehingga ini, Mustaffa masih belum menyentuh tentang kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada ibupejabat PKR.
Ibrahim yang menjadi sasaran bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid Ibrahim Perlu Bertindak Profesionall - Aziz Bari

Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.

“Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal,” ujar Aziz.

Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.

Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan
proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah.

“Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan

mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini.

“Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka
pembaharuan Malaysia,” tambah Aziz lagi.

Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti.

Ia turut mengundang reaksi dari Aziz.

“Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti.

“Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik,” kata Aziz lagi.

Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah.

Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu.

“Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno.

“Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu,” jelasnya kepada Tv Selangor.

Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti.

Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri.

” Dalam jangka masa panjang saya rasa tidak ada apa-apa. Sedangkan orang seperti Datuk Onn Jaafar dan orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah sekalipun, tidak jadi apa setelah meninggalkan parti mereka, jadi siapalah Datuk Zaid ini kan…. Saya tidak fikir apa yang dilakukan beliau mendatangkan masalah pada parti. Saya rasa yang menerima risiko negatif itu dia sendiri,” katanya.

Muka Tak Malu Zaid Ibrahim Mahu Menggantikan Anwar

Oleh : Wfauzdin NS

ZAID tanpa rasa segan dan malu mendakwa beliau layak menggantikan DS Anwar memimpin PKR. Baca sini. Zaid yang dihukum oleh Umno atas rasuah politik, masuk PKR kemudiannya tewas di Hulu Selangor, dapat jawatan Ketua Cabang PKR Wilayah Persekutuan secara `percuma' ini ada hati mahu menggantikan DS Anwar? Jangan muntah dulu....

Zaid kata DS Anwar tidak layak lagi memimpin PKR dan juga PR kerana beliau ada masalah tersendiri. Kekalahan PR di Batu Sapi dan Galas juga dibebankan kepada DS Anwar. Ada beliau datang ke Batu Sapi bantu calon? Ada beliau berkampung di Galas bantu PKR? Beliau tidak sebut kejayaan yang banyak dicapai di bawah pimpinan DS Anwar, kerana hatinya terlalu busuk semata-mata untuk berkuasa di dalam PKR. Bahkan bercita-cita tinggi untuk memimpin PR. Itulah Zaid Ibrahim tokoh yang baru `dua hari' kenal PKR.

Zaid tertinggal jauh dibandingkan dengan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Jika beliau mendahului Azmin sepertimana awal dulu, agak-agak Zaid jadi `gila' seperti sekarang atau tidak? Aku mulanya tidak percaya anggapan orang yang menyebut Zaid itu `racun' di dalam PKR tidak ubah seperti ejen Umno yang diutus untuk menghancurkan PKR. Tetapi, bila aku fikir balik sukar untuk aku menolaknya sekarang.

Masa Zaid tiada di dalam PKR, pemilihan di dalam PKR berjalan lancar, penuh harmoni di mana menyaksikan Azmin tidak pernah menentang Timbalan Presiden PKR waktu itu walaupun beliau mendapat sokongan agak besar. Sifat hormat menghormati begitu kuat waktu itu. Bila Zaid masuk Umno, kita sambut baik. Dia awal-awal sebut tidak mahu rebut jawatan tertinggi dalam parti. Tetapi, akhirnya dengan penuh putar belit dengan syarat itu ini, akhirnya masuk bertanding. Bila terasa nak kalah, malu dengan kekalahan di tangan Azmin yang beliau kata `perlu belajar' lagi tu, beliau cari pasal salahkan pihak lain. Lalu, beliau tarik diri.

Azmin perlu belajar lagi, katanya. Belajar apa lagi Zaid? Belajar masuk penjara? ISA ? Kamu pernah masuk penjara ke Zaid? Belajar rasuah politik wang seperti yang kamu lakukan dalam Umno dulu? Itu yang kamu mahu Azmin belajar?

DS Anwar mempunyai masalah katanya. Sebagai kawan kalau kamu baik dan ikhlas, kamu sepatutnya membantu kawan kamu apatah lagi dia yang bawa kamu masuk PKR. Tapi, kamu sanggup lepaskan tengkuk kamu demi jawatan yang kamu mahu. Kamu mahu ganti tempat DS Anwar dan biarkan DS Anwar sendirian dengan musibah yang melandanya? Inikah pemimpin yang kita mahu dalam PKR atau PR. Cukuplah Zaid....kamu sepatutnya balik ke Kota Bharu atau berguru dengan Berahim Ali lagi bagus daripada jadi perosak dalam parti.

Tuesday, November 9, 2010

Hakikatnya Cara Kempen Zaid Ibrahim Menjelikkan Ahli

SU: Zaid mungkin punca peratus mengundi rendah

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata peratusan keluar mengundi yang rendah bagi pemilihan pucuk pimpinan PKR mungkin berpunca daripada kenyataan dan tulisan oleh calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim.


"Saya fikir itu juga sebab kenapa undinya berkurangan. Saya rasa penilaian tentang dia telah dibuat oleh anggota parti," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membandingkan peratusan keluar mengundi yang rendah bagi pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PKR, berbanding dengan pemilihan di peringkat cabang.

Katanya, jawatankuasa pemilihan tidak boleh dijadikan kambing hitam atas keadaan itu, mahupun ke atas jumlah undi yang rendah diperolehi Zaid.

"Hakikatnya, daripada 87 cabang, Zaid telah menang di sebanyak 38 cabang. Itu jumlah yang tinggi.

Saifuddin berkata, jumlah itu mengatasi jumlah cabang yang menyokong dua lagi pencabarnya - Azmin Ali (37) mahupun Mustaffa Kamil Ayub (11).

Keputusan di satu lagi cabang - Kubang Pasu - merekodkan jumlah sokongan yang seri bagi Zaid dan Azmin (kanan).

"Tapi Azmin masih menang sebab mobilisasi jentera Azmin lebih daripada calon lain.

"Kalau ada manipulasi, mustahil Datuk Zaid menang di 38 cabang," katanya.

Ketika ditanya, beliau juga berkata seramai 11,670 anggota telah mengundi di 87 cabang yang telah menjalankan pemilihan bagi pucuk pimpinan tertinggi PKR setakat ini.

Beliau sebelum itu diminta mengulas dakwaan Zaid (kiri) pagi ini bahawa hanya lebih 6,000 orang sahaja yang telah keluar mengundi.

"Mungkin dia dapat maklumat salah daripada jentera dia.

"Saya rasa inilah masalah dia, masalah matematik," katanya.

Saifuddin juga berkata, jawatankuasa pemilihan pusat akan bermesyuarat secepat mungkin untuk menentukan sama ada akan menerima kenyataan Zaid di blog sebagai dokumen rasmi untuk menarik diri daripada pemilihan yang sedang berlangsung.

"Hakikatnya Datuk Zaid sudah terima pencalonan yang kini masuk separuh masa pemilihan," katanya.

Tegasnya, parti itu setakat ini belum menerima sebarang notis rasmi daripada Zaid berhubung penarikan diri daripada pemilihan yang sedang berlangsung.

Jelasnya, keputusan mengenai status Zaid dalam pemilihan ini perlu dibuat sebelum kertas undi dicetak menjelang hujung minggu ini.

PKR juga setakat ini masih belum menerima notis daripada Mustaffa untuk menggantung pemilihan.

Saya Tak Layan Mereka Yang Tidak Dapat Terima Kekalahan - Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai ketua umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai ketua pembangkang.

"Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu,” kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini.

Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, petang ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan lagi karenah Zaid yang dalam kemarahan ketika ini.

Beliau juga mempersoalkan kesangsian masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali.

"Seperti yang diketahui terdapat kempen bersepadu di Utusan (Malaysia) menggunakan bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin dan lidah pengarang akhbar itu tuntut saya letak jawatan.

"Saya tidak tahu ini sebahagian daripada kempen itu. Saya tidak tahu tetapi memang ada usaha bersepadu untuk singkirkan Anwar.”

Katanya, jika ada desakan daripada Pakatan Rakyat menuntut beliau mengundurkan diri, beliau mungkin mempertimbangkannya.

Namun, Anwar berkata beliau tidak akan melayan serangan daripada luar parti dan mereka yang tidak dapat menerima kekalahan.

Utusan baru-baru ini menyiarkan artikel yang memetik Mohd Asri menggesa Anwar dan semua pemimpin “dinosaur” PKR supaya meninggalkan gelanggang politik.

Semalam, Zaid membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti.a

Respon AIC Berkenaan Gesaan Agar Anwar Ibrahim Berundur

Hebahan Media
Anwar Ibrahim Club

9 November 2010

Respon AIC Berkenaan Gesaan Agar Anwar Ibrahim Berundur

Kelab Anwar Ibrahim (Anwar Ibrahim Club, AIC) terpanggil untuk memberikan pandangan kepada beberapa komentar yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mutakhir ini. Terdapat beberapa gesaan yang kelihatan dirancang dihala kepada Anwar supaya beliau berundur, baik daripada Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mahupun lapangan politik nasional.

Bukan sesuatu yang memelikkan apabila susuk tubuh Anwar Ibrahim diserang pelbagai sudut danDan pihak lawan, kini terdapat pula usaha untuk menyerang Anwar secara sistematik daripada dalam partinya sendiri. sisi mutakhir ini. Jika sebelum ini, Anwar terpaksa berhadapan dengan serangan daripada parti

Jika dilihat di dalam Pemilihan Keadilan 2010, terdapat beberapa calon jawatan-jawatan utama Keadilan yang begitu hebat mencanangkan bahawa ‘Anwar Ibrahim akan dipenjara, justeru perjuangan ini harus melangkaui faktor Anwar.’ Hakikatnya, AIC berpendapat inilah pemimpin yang gagal melihat kepada realiti sejarah dan realiti semasa, tetapi masih bernafsu memimpin Keadilan di sebalik pelbagai kritikan dan cemuhan ke atas parti itu.

Pendirian ini tidak beerti kita obses. Isunya ialah realiti dan keperluan politik semasa.

Ayuh kita sorot sejarah. Anwar dipenjara 6 tahun berikutan fitnah dan konspirasi yang telahpun terbongkar motifnya sekian lama. Fakta ini bukan berstatus kampung, hatta ke seluruh dunia sedia maklum bagaimana Anwar diperlakukan sedemikian rupa,dipalitkan dengan fitnah yang jijik hanya untuk memastikan kepemimpinan beliau disekat. Keprihatinan negara-negara luar, baik dunia barat ataupun dunia Islam, kelihatan konsisten dan senada dalam menyatakan pendapat mengenai kes ke atas Anwar.

Dengan sistem kehakiman negara yang boleh dipersoalkan kredibilitinya, ditambah dengan perencanaan media milik parti pemerintah yang tegar dan berterusan memburukkan imej Anwar dan Keadilan, maka mengandaikan “Anwar akan ke penjara” adalah satu hujah lembik dan gagal berpaksi kepada realiti.

Kita memperakukan bahawa apa yang berlaku ke atas Anwar sebermula 1998 lagi,semuanya adalah satu fitnah. Kelompongan fakta-fakta kes dalam perbicaraan fitnah liwat pertama padasebagai pemimpin nasional. tahun 1999 jelas membuktikan bahawa wujud konspirasi terancang untuk memalitkan imej Anwar

Dan ianya kembali berlaku pada tahun 2008,dengan aktor berbeza dalam skrip yang sama. Dan kelompongan dalam kes perbicaraan jelas membuktikan skrip 2008 ini akan mengulangi kecacatan yang sama seperti tahun 1998.

Meminta Anwar bersara, samalah ertinya meminta Anwar berkompromi dengan segala fitnah yang dilempar pada beliau selama ini.

Dalam keadaan Anwar memainkan peranan yang agak besar dalam mencetus tsunami politik dalam Pilihanraya Umum 2008, dan peranan peringkat antarabangsa melalui dialog-dialog dan konferens melibat pemimpin-pemimpin besar dunia membuktikan bahawa Anwar adalah satu fear factor bagi parti lawan. Jika tidak masakan Menteri Luar Malaysia sanggup akur menjanjikan perbicaraan yang adil ke atas Anwar di depan Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton, sesuatu yang tak sewenangnya terpacul daripada mulut mana-mana pimpinan pemerintah.

Malah sebelum ini tokoh-tokoh besar seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan Sheikh Taha Al-Elwani misalnya berpendirian tegas mempertahankan kredibiliti Anwar dalam pertuduhan fitnah liwat beliau. Justeru di perosok mana yang dikatakan Anwar terhumban dengan masalah dan isu?

Di saat dunia memandang serius akan pertuduhan ke atas Anwar, masih ada pihak yang menyatakan bahawa Anwar tidak relevan dan harus berundur. Sifir apa yang digunapakai, wallahua’lam.

Isunya bukan Anwar. Isunya ialah kemaruk kuasa yang sedang dicatur dan disusun pihak tertentu agar mentaliti rakyat dipasung kukuh bahawa Anwar akan terhumban ke penjara sekali lagi, sekaligus meranapkan kareer politik beliau.

Keadilan sebagai sebuah parti politik yang dinamik, mempunyai disiplin organisasi yang wajar dipatuhi. Justeru sekiranya disiplin ini gagal dipatuhi oleh pihak-pihak tertentu, bagaimana mungkin disiplin dan keteraturan yang dijamin Pakatan Rakyat di bawah Kerangka Dasar Bersama boleh direalisasikan?

Anwar dan Keadilan adalah satu faktor besar dalam politik Malaysia. Disebabkan itulah ia diserang bertubi-tubi. Sejarah membuktikan bagaimana Almarhum Dato’ Onn, Allahyarham Dr Burhanuddin al-Helmi, Allahyarham Ahmad Boestamam juga diserang di zaman mereka hanya kerana mereka mempunyai kepimpinan yang kuat. Bezanya parti mereka tidak dominan satu ketika dulu, berbanding Keadilan yang terbukti meraih sokongan generasi pelbagai lapisan kaum dan umur dari semasa ke semasa.

AIC tidak apologetik. Kepimpinan Anwar terbukti menyatukan Pakatan Rakyat di bawah satu persefahaman yang sama. Dan rakyat berhak menuntut satu ruang agar Malaysia diberi nafas baru yang bebas daripada sentimen perkauman, penindasan, dan penyelewengan, di ia berpotensi besar direalisasikan melalui kepimpinan Anwar, inshaAllah.

KELAB ANWAR IBRAHIM (AIC)
Kuala Lumpur, Malaysia

Monday, September 6, 2010

Zaid Ibrahim Sahkan Bertanding Jawatan No 2 PKR

Selepas pelbagai spekulasi, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengesahkan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden.

NONESebelum ini, anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pemilihan parti kali ini, tetapi tidak menyatakan secara khusus jawatan berkenaan.

Menurut laporan media, Zaid mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan nombor 2 itu di majlis berbuka puasa di Kuantan hari ini.

Beliau dilaporkan menyatakan keputusannya di hadapan 30 jawatankuasa perhubungan PKR Pahang dan ahli parti yang hadir.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu bagaimanapun berkata, ia bergantungnya sokongan dan pencalonan yang bakal diterimanya nanti.

Pencalonan bagi jawatan nombor 2 itu pada mulanya hanya dijangka selepas penyandangnya, Syed Husin Ali mengumumkan hasratnya selepas Hari Raya Aidilfitri ini, untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Bagaimanapun, ekoran pengumuman Zaid itu, tumpuan kini beralih kepada siapakah lawannya nanti. Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Yang lain-lainnya yang dijangka turut menawarkan diri ialah naib presiden Mustapha Kamil Ayub dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Thursday, July 22, 2010

Hakim Larang Penggunaan telefon Bimbit Dalam Mahkamah

Hakim pilihan raya yang mendengar petisyen pilihan raya Datuk Zaid Ibrahim telah melarang penggunaan segala bentuk telefon bimbit pada perbicaraan pagi ini.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Azahar Mohamed mengarahkan polis supaya merampas semua telefon yang digunakan.

Tindakan beliau itu menghalang wartawan daripada memberikan laporan terkini berhubung apa yang berlaku dalam perbicaraan yang masuk hari ketiga.

Petisyen Zaid adalah supaya mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, di mana beliau kalah kepada calon BN P Kamalanathan.

Dakwanya terdapat gejala rasuah semasa semasa kempen itu dan kerajaan persekutuan juga menyalah-gunakan peruntukan dana negara bagi memancing undi.

Hari ini, mahkamah dijadualkan mendengar bantahan awal daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang antara dinamakan responden dalam petisyen Zahid.

Berikutan itu, peguam Zahid akan menjawap hujah SPR.

Wednesday, July 21, 2010

Hulu Selangor: Mahkamah Tolak Petisyen Zaid Ibrahim

Mahkamah Pilihanraya Kuala Lumpur menolak bantahan awal yang dikemukan oleh Datuk Zaid Ibrahim terhadap permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan untuk membatalkan petisyen pilihanraya yang dikemukannya.

Keputusan ini dibuat oleh Hakim,Datuk Azahar Mohamed petang tadi.

Pada 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen agar keputusan pilihan raya kecil April lalu itu diisytihar tidak sah dan dibatalkan atas dakwaan berlakunya rasuah dalam bentuk sogokan kepada para pengundi.

Kamalanathan diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Cheng Mai manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Mohd Azhar Mohd Yusof mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan SPR.

Peguam bagi Datuk Zaid Ibrahim ialah Ang Hean Leng, Leong Sher How dan Azahar Azizan Harun.

Sebelum itu, Datuk Zaid Ibrahim berkata kes ini didengar agar rakyat mengetahui hujah-hujah berhubung salah-laku rasuah dalam pilihanraya negara, dan bukannya menumpukan kepada soal teknikal.

“Ini adalah permohonan daripada pihak kerajaan untuk SPR supaya kes ini dibatalkan,to strike out,atas alasan-alasan teknikal,tetapi hakim akan membuat keputusan petang ini,jadi saya pun hairanlah,yang sepatutnya diberi peluang,untuk rakyat mendengan alasan-alasan,tetapi saya percaya hakim akan membuat keputusan yang betullah," katanya.

“Ini sebenarnya perkara yang amat mustahak sekali untuk perjalanan pilihanraya dan amalan demokrasi di negara kita kalau kes ini begitu penting kalau kita mahu rakyat ada keyakinan terhadap proses-proses pilihanraya maka mahkamah wajar memberi peluang untuk kita mengemukakan hujah dan alasan-alasan kita,tetapi kerajaan mengambil tindakan teknikal cuba nak cari alasan-alasan teknikal untuk tidak membenarkan mahkamah mendengar alasan kita," katanya lagi.

Mahkamah akan bersambung esok bermula jam 9.30 pagi.

Thursday, May 6, 2010

Titah Sultan Selangor: Hujah Zaid Pertahan Nik Aziz

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata mungkin ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada tafsiran titah Sultan Selangor bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik.

'Titah itu luas sekali skopnya. Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur tetapi tafsiran titah itu mungkin diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu," tulisnya dalam
blog di bawah tajuk 'Beza arahan dan pandangan peribadi'.

Menurut Zaid, titah itu perlu diambil kira dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan kuasa-kuasa raja.

"Contohnya, apakah doa yang disambut oleh semua mukmin supaya “raja kita sanjung dan dipanjangkan umur” itu sebenarnya tidak bersifat politik?

"Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik?" soal Zaid.

Menurutnya, titah itu adalah pendapat peribadi baginda dan bukan arahan, perintah atau “decree”.

'Dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

'Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya.

'Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik - untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja," tegasnya.

Oleh itu, tegas Zaid, tidak timbul soal mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat melanggar arahan Sultan Selangor seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.

"Tok Guru dan ramai lagi orang Islam yang tak sependapat dengan pendirian peribadi Sultan Selangor.

"Pada zaman sekarang dan mengikut Perlembagaan, tak sependapat hanya bererti berbeza pandangan. Ia bukan satu kesalahan. Ia juga bukan perbuatan menghina.

'Lainlah pula bila Sultan Pahang menitahkan supaya Kartika Sari Dewi tidak perlu dirotan; ia adalah keputusan yang sah kerana baginda ada kuasa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri untuk berbuat demikian.

'Itu pun ramai yang membantah dan melenting, malah ada yang mengkritik keputusan Sultan Pahang, termasuk dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

'Jadi mengapa Najib tidak membela Sultan Pahang atas keputusan baginda yang sah dari segi undang-undang tetapi hanya mahu membela Sultan Selangor walaupun itu hanya pendapat peribadi?

"Sebabnya, politiklah. Bila Sultan melakukan sesuatu yang nampak menguntungkan Umno, maka mesti Najib bela. 'Sepatutnya perdana menteri mesti faham perbezaan antara perintah dan arahan, dengan pendapat dan pandangan peribadi, dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.

"Barulah rakyat terutamanya orang Islam tidak mudah dipesongkan dengan dakyah politik," tulis Zaid.

Wednesday, April 28, 2010

Hulu Selangor: Datuk Zaid Akan Failkan Petisyen

Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

Friday, April 23, 2010

PRK Hulu Selangor : Sukarelawan AIC diperlukan



Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan tenaga dan masa dari rakan-rakan yang berminat untuk membantu melicinkan kempen pilihanraya P94 Parlimen Hulu Selangor yang sedang rancak berlansung sekarang.

Semua yang berminat untuk memberi bantuan tenaga dan masa, diharap dapat berkumpul di tempat dan masa seperti berikut :


Tarikh : Ahad, 18 April, 2010

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor (klik di sini untuk peta)


Pihak AIC memohon maaf sekiranya mesej ini sampai agak lewat kepada rakan-rakan. Bantuan berterusan diperlukan jika email ini lewat sampai ke inbox rakan-rakan. Terus hubungi Kak Rahimah di talian 0163710653 untuk maklumat lanjut.


Semoga dengan bantuan dan sumbangan tenaga dan masa dari rakan-rakan sekalian, kemenangan lebih besar oleh Pakatan Rakyat dapat dicapai sekaligus dapat menesankan kerajaan rejim APCO-BN UMNO-BN dalam pilihanraya yang akan datang!

REFORMAS!


----------------------------------------------------------------------------


Pakatan Rakyat is looking for voluteers from AIC who are willing to lend their time and energy for P94 Hulu Selangor by election.

Those who are willing to help Pakatan Rakyat, please make yourself available at the following place and time :


Date : Sunday, 18 April, 2010

Time : 9.00am

Venue : Official Residence of Selangor's Menteri Besar (click here for map)


For more information, please contact Kak Rahimah at 0163710653. If you missed the date and time, your help is still appreciated. Please call her.

REFORMASI!

Friday, April 16, 2010

FOMCA: Kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen


Hahaha.. Tepat pada masanya. Sekarang ini semua orang pun dah tahu taktik umNO Bee End ini. Bila tiba pilihan raya, projek-projek sekolah, jambatan, rumah kos rendah itu biasa keluar kat mulut busuk mereka. Media massa, media elktronik, surat khabar, televisyen semua pun keluar cerita baik mereka ini. Pakatan Rakyat komfem tak keluar cerita liwat pasti keluar cerita ahli berpaling tadak. Hah, sekarang ini ambik ko... Kempen antarabangsa mai dah...

Jangan Buang TV Anda! Hanya tutupkan sahaja
Menjelang Hulu Selangor, FOMCA kempen jangan tonton TV

Mungkin tidak berkaitan dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang bakal berjalan pada 25 April ini, tetapi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) akan melancarkan kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen 21 hingga 27 April 2010.

Majlis pelancaran kempen tersebut akan diadakan pada 16 April ini iaitu sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor iaitu 17 April.

TV adalah senjata utama Barisan Nasional (BN) dalam memasukkan agenda mereka ke dalam pemikiran rakyat.

Menurut satu kajian, TV adalah media paling berpengaruh khasnya kepada masyarakat luar bandar.

Sebahagian besar kawasan Hulu Selangor adalah termasuk dalam kategori ini terutamanya di kawasan Felda dan ladang.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FOMCA, kempen ini akan dilancarkan di Institute Marketing of Malaysia, 1G-1, Bangunan SKPPK, Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Kempen ini akan dilancarkan oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA.

"Kempen Minggu Tidak Menonton Televisyen ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat (sepanjang minggu tersebut) menutup televisyen atau tidak melayari internet dan meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti lain – secara individu atau bersama-sama keluarga atau rakan-rakan," kata jurucakap FOMCA dalam kenyataannya itu.

Minggu Tidak Menonton Televisyen merupakan sebahagian daripada Kempen Konsumer Kebangsaan, 2008-2010, yang bertemakan “Perubahan Bermula Dengan Saya”.

Minggu Tidak Menonton TV adalah kempen tahunan di peringkat antarabangsa yang telah diadakan semenjak tahun 1995.

Thursday, April 15, 2010

Hah! Hah! Hah! Muhyiddin Kecut Telur dah!

Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.
Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah.

“Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.

“Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya,” soal Zaid sambi berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.

Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengana ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumh di Dubai, London dan Australia.

“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya,” katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

“Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain,” katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.

Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat.

“Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat,” kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.

“Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan,” tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin.