Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, March 15, 2010

Rakyat Malaysia Jauh Dari Amalan Kesihatan

Ubah cara hidup dan berfikir sebelum terlambat, begitulah mesej Datuk Chef Wan yang juga Duta Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) sempena sambutan Hari Buah Pinggang Dunia peringkat Malaysia pagi tadi.

Ketika sidang media majlis yang berlangsung di One Utama, Damansara Ini, beliau menerangkan kepentingan mendidik pelajar dan kanak-kanak tentang pentingnya gaya hidup dan makan dengan sihat.

Beliau kecewa dengan kurangnya kesedaran remaja untuk menjaga pemakanan mereka tanpa menyedari kesan buruk di masa hadapan.

"Bila saya jenguk ke sekolah, murid-murid tidak tahu apa khasiat serat (fibre), lobak, karotin. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 pula asyik dengan McDonalds. Amat menyukarkan kalau tidak diubah tabiat ini," tegas Chef Wan.

Malahan mereka yang sengaja memilih gaya hidup tidak sihat akan menyusahkan orang lain. Beliau kemudiannya meletakkan diri sebagai contoh bagi membuktikan seseiapa boleh memilih cara hidup mereka.

"Bukan sahaja beban kepada diri, tetapi juga kepada keluarga. Bagaimana pula dengan masyarakat, dan duit pembayar cukai? Akhirnya kita dilanda kebanjiran orang-orang yang tidak produktif. Lihat bagaimana produktifnya saya, kerja saya laju sepertimana cakap saya. Ini semua berbalik kepada pemakanan yang betul," tegas beliau.

Perkara paling penting yang perlu dititik beratkan dalam pemakanan ialah kehendak diri sendiri. Lantaran itu, setiap orang mempunyai kuasa untuk merubah hidup masing-masing

No comments:

Post a Comment