Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, March 4, 2010

Anak Hashim Gera: Kisah Salehuddin Hashim 1

Kisah anak Hashim Gera ini seperti cerita wayang yang berulang kembali, atau babad Pendekar Jawa dalam versi baru. Dalam kehidupan kita sering bertemu banyak perkara yang meletup hari ini sebenarnya berakar pada peristiwa lama yang sudah dilupakan. Yang sakit itu sendiri sudah lupa peristiwa itu kerana sudah tenggelam jauh ke alam bawah sadar. Dan jalan untuk mengubatnya perlu melalui terapi jiwa untuk masuk ke ruang bawah sedar tersebut.
Luka Ezam kerana tewas dengan Azmin tidak masuk ke alam bawah sedar. Lihat sahaja bila dendam kesumatnya diluahkan. Tetapi anak Hashim Gera menyimpan luka, bukan satu, tetapi dua, yang jauh bersaka dalam bawah sedarnya.

Luka pertama adalah kerana dia adalah anak Hashim Gera. Kisah Hashim Gera merupakah lawak politik yang tenggelam timbul. Saya mendengarnya dari mulut ke mulut, pertama kalinya dari pada saya seorang ahli Pas. Setiap kali namanya disebut orang yang mendengarnya akan ketawa. Dia bukanlah seorang ahli politik hebat tetapi kerana adanya dia dalam Pas, parti Islam itu dapat membuat satu adi lawak yang sukar untuk saingi oleh parti-parti lain.

Saya pertama kali terserempak dengan anak Hashim Gera ini ketika dia datang untuk bertemu Raja Petra di pejabat Berita Keadilan yang saya kendalikan. Tetapi namanya telah bertahun-tahun saya dengar dari kenalan yang berkimpung dalam dunia kapitalisme nasional. Meskipun saya ghairah memegang ideologi kapitalisme tetapi kurang berminat untuk bergesel bahu dengan orang-orangnya. Di zaman Malaysia mencatat pertumbuhan 8-9 peratus nama dia disebut-sebut sebagai tokoh korporat. Tetapi dari pendengaran saya boleh menyimpulkan dia berada dalam kelas B atau C. "Siapa dia?" "Boss Turn Around," jawapan diberikan. Saya geleng kepada, "Tak kenal." "Anak Hashim Gera!" "Oh!"

Kerana dia anak Hasyim Geralah dia bercakap hari ini, memberi amaran kepada mereka yang hendak melondehkan dia. Dia menjerit-jerit menaggalkan baju dan seluar, dan menunjukkan seluar dalamnya yang berlubang-lubang. khalid jaafar

No comments:

Post a Comment