Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, March 4, 2010

Bajet Karut: Cadangan Sistem Baru Subsidi Minyak Dibatalkan

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi minyak selepas mendengar pandangan pelbagai pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu kerajaan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik untuk penyaluran subsidi termasuk bahan petroleum, makanan dan infrastruktur.

Cadangan sistem subsidi baru minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu bagi memastikan manfaatnya dinikmati kumpulan sasaran.

Harga semasa petrol RON95 sekarang ialah RM1.80 seliter, manakala RON97 dan diesel masing-masing dijual RM2.05 serta RM1.70 seliter.

No comments:

Post a Comment