Apa yang disampaikan oleh Mat Sabu ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Tahun 1950 Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu.
Jadi wahai umNO, ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka.
Jadi wahai umNO, ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka.
Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang?
umNO, saya sarankan terus buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa umNO itu sebenarnya talibarut penjajah pengampu penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan umNO sebagai pemerintah negara ini.
Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!
Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.
.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping,
begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....
Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero.
Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!!
No comments:
Post a Comment