Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, April 25, 2013

PRU13: Laksamana (B) Dihalang Berkempen

 

PERAK Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid, yang bertanding di Parlimen Lumut atas tiket PKR kini tidak lagi dibenarkan masuk untuk berkempen di pengkalan laut Lumut selepas 37 tahun menghuni pengkalan berkenaan.

Bekas ketua staf logistik markas Armada Tentera Laut itu semalam berhajat untuk menunaikan solat di masjid yang terletak dalam pengkalan berkenaan, namun tidak dibenarkan masuk kerana memakai baju parti.

PRU13: Anwar Ulangi Akan Bersara

 

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Friday, April 12, 2013

PRU13: Khalid Ibrahim Nasihat Bersih 2.0 Rujuk Fakta

 

KUALA LUMPUR, 12 April — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan pemberian bonus RM300 kepada penjawat awam dan geran tanah kepada penduduk di Bestari Jaya bukan bertujuan meraih undi dan tidak melanggar etika kerajaan sementara.

Pemangku menteri besar Selangor tersebut juga berkata kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 perlu menyemak fakta terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan negeri Selangor melanggar etika kerajaan sementara.

PRU13: Penjelasan Rafizi Ramli Berkenaan Isu Dipecat Petronas

 

Aktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng.

Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.

Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.

PRU13: Taktik SPR Bocor? Malaysia Dalam Bahaya!



KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.

Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.

PRU13: Pakatan Rakyat Dedah Rahsia Besar Ahad Ini

Tekadkan hati, kuatkan semangat, bulatkan muafakat. Ubah! Ini Kalilah!

Thursday, April 11, 2013

PRU13: Kajian Universiti, PR Mampu Ke Putrajaya


Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

“Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa  rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti.

PRU13: Arahan Jelas Najib, Tewaskan Calon Muda Harapan rakyat

 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

Wednesday, April 10, 2013

PRU13: Tarikh Penamaan Calon dan Mengundi Ditetapkan. Temoh Kempen 15 Hari

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.
Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.

Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei. 

PRU13: SPR Bermesyuarat Hari Ini

SPR
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipertanggungjawabkan menjalankan pilihan raya, mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen pada 3 Aprill, SPR mengadakan PRU13 secara serentak - membabitkan 727 kerusi, masing-masing 222 kerusi Parlimen dan 505 peringkat Dun.

Mesyuarat khas hari ini dijadual bermula jam 9.30 pagi manakala sidang media sekitar jam 12.15 tengah hari. Tempoh itu bermula 28 Mac lalu apabila Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya.

PRU13: Chegubard Calon Dun Sungai Acheh

PULAU PINANG 10 APRIL: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.

PRU13: Penyelaras Jingga13 Bertarung Menentang Najib Razak

fariz
PAHANG, 10 APRIL: Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP) Pusat, Fariz Musa sebagai calon melawan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.
Beliau yang juga Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 rasmi diumum demikian pada program di Megaview Hotel, Kuantan, malam tadi.

Pada sidang media itu, Anwar berkata Fariz bergiat dalam kegiatan parti dan perjuangan reformasi sejak awal, selain seorang aktivis yang berkesan.

“Fariz banyak memperjuang isu berkaitan penyelewengan dasar, rasuah, malah beliau kemuka ratusan laporan polis yang belum diambil tindakan.

“Untuk Parlimen Pekan, tokoh pemuda yang kena berani kerana banyak gerombolan samseng di mana-mana sekarang,” katanya.

Menteri Pertahan Salah Guna Harta Kerajaan Oleh Parti BN

 

Ketika Exco dan Meneteri Besar Pakatan Rakyat gembira memulangkan harta awam selepas pembubaran, BN terus memperkudakan harta rakyat untuk kegunaan sendiri.

Ini ibarat harta kerajaan harta BN, harta BN milik BN!

Inilah perbezaan Pakatan rakyat dan Barisan Nasional!

Tuesday, April 9, 2013

PRU13: Ada Bukan Islam Wakili PAS

 
Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) disahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dengan menggunakan tiket PAS, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan meletakkan calon daripada DHPP untuk menarik undi masyarakat bukan Islam kerana kebanyakan calon bukan Islam bertanding atas tiket PKR dan DAP.

PRU13: Papagomo Bertanding Mudahkan Pedakwaan

Penulis blog kontroversi Papagomo yang digugurkan daripada perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan rasuah mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dilaporkan mengumumkan perkara itu melalui seorang pengikutnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam satu sidang media di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.

Monday, April 8, 2013

BN Tiru 22 Manifesto Pakatan Harapan Rakyat

APABILA politik nasional lebih banyak berkisar kepada persoalan dan perdebatan dasar (bukannya politik perkauman, kebencian dan cacian peribadi), rakyat berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.

Justeru, saya menyambut baik peluncuran manifesto Barisan Nasional dan ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan analisis perbandingan di antara manifesto Rakyat dan Manifesto Barisan Nasional.

PRU13: Sidek Baba Pejuang Islam, Orang Kesayangan Anwar Ibrahim?

Sidek Baba Pejuang Islam: Orang kesayangan Anwar Ibrahim

Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.
 
Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti. 
 
Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.

Saturday, April 6, 2013

PRU13: Undi Pakatan Rakyat Lebih Manfaat - Zaid Ibrahim


Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang yang lantang, menyeru pengundi Melayu menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana jika Pakatan Rakyat kuat, mereka akan mendapat lebih manfaat.

PRU13: Su Jiu Su, Si Jiu Si - Kit Siang




Walaupun Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan mungkin bertanding di Gelang Patah, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tetap tidak akan lari dari kawasan Parlimen itu.
batu pahat dap ceramah 050413 06"Kalau Ghani hendak bertanding di Gelang Patah, saya tak akan undur! Kita bukan kiasu (takut kalah)! Kita bukan kiasi (takut mati)

"Su jiu su, si jiu si (kalah atau mati, biarkan saja)!" katanya di hadapan ribuan rakyat Johor dalam bahasa Hokkien semasa ceramah di Batu Pahat malam tadi, tempat beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan awal.

PRU13: Anwar Kekal Permatang Pauh Atau Tambun?

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak.

Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Friday, April 5, 2013

PRU13: Untuk Bacaan Kakitangan Kerajaan






APA ITU KERAJAAN

Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.


SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN

Thursday, April 4, 2013

PRU13: Kerusi Ditandingi Anwar Bakal Terjawab Malam Ini

KUALA LUMPUR 4 APRIL: Kerusi yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak dijangka terjawab berikutan pengumuman senarai penuh calon KEADILAN di negeri itu berlangsung di Gerik 11 malam ini.

Pengumuman itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu yang dihadiri Ketua Umum.


Perak mencatat sejarah menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon, diikuti lain-lain negeri.


Pengerusi KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pengumuman kerusi mana yang akan menjadi pilihan Anwar masih belum dapat dipastikan.

PRU13: Anwar Sahkan Wan Azizah Tidak Bertanding

 
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa isterinya dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 sebagai respon  kepada dakwaan nepotisme dalam PKR.

"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,"katanya semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam.

Wednesday, April 3, 2013

Sultan Selangor Perkenan Pembubaran Dun Esok


 
Saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30pm tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Sah Anwar Bertanding Di Perak

Walaupun terdapat bantahan daripada pengundi di kerusi Parlimennya di Permatang Pauh dan ikatan sentimental dengan kampung halamannya, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan berpindah bertanding di Perak.

"Saya telah isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak," katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Parlimen Bubar Hari Ini! PRU13 Dalam Tempoh 60 Hari


PRU13: Sebelum Dan Selepas

 

PRU13: Parlimen Dijangka Bubar Hari Ini

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berucap secara langsung di RTM 1 pada jam 11.30 pagi ini.