Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, April 3, 2013

Sah Anwar Bertanding Di Perak

Walaupun terdapat bantahan daripada pengundi di kerusi Parlimennya di Permatang Pauh dan ikatan sentimental dengan kampung halamannya, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan berpindah bertanding di Perak.

"Saya telah isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak," katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.



Bagaimanapun, Anwar berkata beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.

"Niat saya adalah untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Pauh Permatang," kata Anwar. 

No comments:

Post a Comment