Walaupun Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan mungkin bertanding di Gelang Patah, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tetap tidak akan lari dari kawasan Parlimen itu.

"Su jiu su, si jiu si (kalah atau mati, biarkan saja)!" katanya di hadapan ribuan rakyat Johor dalam bahasa Hokkien semasa ceramah di Batu Pahat malam tadi, tempat beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan awal.
Kenyataan itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang rata-rata orang Cina.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berucap sebelum itu pula mencabar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berdepan dengan Kit Siang di Gelang Patah.
No comments:
Post a Comment