PULAU
PINANG 10 APRIL: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul
Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sungai Aceh pada PRU 13.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau
Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.
"Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin
atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.
"Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN
Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat," kata Naib Presiden
KEADILAN itu.
Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang
dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon
KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi.
No comments:
Post a Comment