Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal
bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengumuman
itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan
penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan
kemungkinan bertanding di Perak.
Katanya, beliau membuat pilihan
itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga
sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.
Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding,
pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun," katanya
Siang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.
Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.
Sekiranya
beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua
Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar.
Anwar
berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di
negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu
berkempen.
"Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan
calon, kemudian pergi kempen di negeri lain," katanya di hadapan
kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini.
Katanya, isterinya
Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu
setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal
di Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment