Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, January 30, 2014

Anwar Ibrahim Jamin Beri Penjelasan Isu PRK Kajang


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin untuk memberikan penjelasan mengenai persetujuannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.
Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat dalam masa terdekat dan dijangka selepas Tahun Baharu Cina.

"Saya tahu bahawa perlunya penjelasan lebih lanjut yang akan saya lakukan dalam masa terdekat.



"Orang menuntut penjelasan kenapa perlu dan sementara itu ada sedikit keresahan. Sampai sekarang kita belum beri penjelasan yang lengkap," katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, teguran diberikan kepadanya oleh bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, hari ini.

"Saya terima (teguran). Saya akan lakukan (penjelasan)...lepas raya Cina," katanya.

Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.

Pencalonan Anwar itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu pejabat PKR semalam.

Pengumuman itu menguatkan khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sekali gus meredakan pertelingkahan antara Abdul Khalid dengan Azmin di negeri itu.

No comments:

Post a Comment