Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, January 30, 2014

Dr Maza Tegur Dinasour Politik?

Siapa Yang Dimaksudkan Dr Maza? 
Anwar Ibrahim atau Mahathir? Siapa lebih patut berundur!


Berita berkaitan..


Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk merealisasikan impiannya menjadi  pemimpin kerajaan tetapi sasaran realistik beliau hanyalah menjadi menteri besar Selangor, kata musuh beliau Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini.

Hakikatnya, tujuan sebenar pemimpin PKR itu adalah untuk mengambil alih Putrajaya, Dr Mahathir memberitahu Radio24 Bernama dalam satu temuramah khas.


"Beliau mahu untuk menunjukkan kebolehan dan kehebatannya, dan pada masa yang sama, ia akan menjadi rangsangan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri Malaysia."

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun menambah adalah penting menyedari apa yang akan berlaku jika Anwar mencapai impiannya untuk menjadi perdana menteri negara ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheh menyerahkan surat perletakan jawatan pada Isnin kepada speaker Selangor Hannah Yeoh, dan pilihan raya kecil (PRK) dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Semalam, Anwar mengumumkan bahawa beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, satu langkah yang menimbulkan banyak spekulasi yang menjurus kepada jawatan sebagai menteri besar Selangor.

"Sepanjang tempoh saya menjadi perdana menteri, matlamat pembangkang hanyalah untuk menentang kerajaan. Mereka mendakwa bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 adalah kejam dan tidak bertamadun," kata Dr Mahathir.

Beliau mengulas dakwaan oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang disifatkan oleh Dr Mahathir sebagai permulaan proses menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Adakah kritikan pembangkang berhenti apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan? Tidak, mereka kemudiannya memberi tumpuan kritikan kepada isu yang lain pula," kata Dr Mahathir.

Beliau mendakwa pihak pembangkang tidak akan menghentikan serangan terhadap Putrajaya sehingga Barisan Nasional (BN) dihalau keluar dari pusat pentadbiran negara.

"Walaupun anda memberikan pembangkang wang, mereka tidak akan berhenti menyerang atau mengkritik. Mereka akan meneruskannya tidak kira apa yang anda berikan kepada mereka," kata Dr Mahathir.

Mengenai dakwaan bahawa penulis blog pro-Umno mensasarkan Najib dan Putrajaya, Dr Mahathir berkata mereka yang duduk terlalu lama di dalam satu-satu jabatan akan berakhir dengan dibenci, walau apapun pencapaian mereka.

"Semasa saya menjadi perdana menteri, saya juga berundur dan memberi pemimpin muda peluang untuk menyerlahkan diri," kata Dr Mahathir.

"Pada tahun 2004, BN pernah memenangi 199 daripada 222 kerusi dan rakyat menyambut pemimpin baru menerajui."

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, apabila orang ramai melihat kerajaan dan pemimpin baru seperti tidak mampu sebagaimana yang terdahulu daripada mereka, sokongan mereka beralih.

"Iitulah sebabnya mengapa keputusan BN pada 2008 begitu teruk, kerana rakyat kecewa dengan kerajaan, " katanya.

Dr Mahathir berkata adalah perkara biasa mendapat banyak kritikan di internet termasuk daripada penulis blog pro-Umno.

"Saya juga mempunyai blog saya sendiri kerana saya mahu meluahkan fikiran dan memberikan pendapat saya mengenai isu-isu semasa di Malaysia," katanya.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa kepimpinan Najib kini berada di bawah kritikan pelbagai ahli-ahli Umno termasuk Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan veteran parti lain.

Banyak serangan terhadap Najib bermula di ruang siber sama seperti kempen yang akhirnya menyingkirkan pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009

No comments:

Post a Comment