Best Ever, Tolong Klik Sini!
Thursday, January 30, 2014
Selepas Yukves, Ramlan Reformis Umum Tanding Bebas PRK Kajang
SHAH ALAM - Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar mahu mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Dun Kajang akan datang.
Ramlan berkata, keputusan dibuat setelah melihat politik kotor yang diamalkan oleh Anwar sehingga melibatkan kesusahan rakyat Selangor.
Menurutnya, Anwar melakukan politik jijik apabila ingin merampas kuasa secara halus dari Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan hanya mementingkan diri sendiri demi politik.
"Saya (Reformis) akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini adalah platform terbaik kepada Reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jelasnya, dia berharap akan bertemu dengan Anwar pada pilihan raya nanti kerana banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Reformis sebelum ini tidak dijawab oleh ketua pembangkang itu.
Sementara itu, Ramlan mungkin tidak berseorangan apabila bekas pembantu pengaum bela Anwar, Yuktes Vijay turut menawarkan diri untuk bertanding di Dun tersebut.
“Jika Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang, saya juga akan bertanding sebagai calon bebas di Dun tersebut,” kata Yuktes yang dipetik dari laman sosial miliknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment