Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Juara Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Juara Rakyat. Show all posts

Friday, September 3, 2010

TOL Percuma Sempena Aidilfitri

Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Sept depan mulai pukul 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan.

Sejumlah 24 lagi syarikat konsesi lain, katanya memberikan diskaun tol pada 6 hingga 8 Sept serta 13 hingga 15 Sept mulai pukul 12 malam hingga tujuh pagi, umumnya bagi kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain.

"Selain menyemarakkan sambutan Hari Raya mereka memberi tol percuma dan diskaun untuk melakukan penyuraian trafik kerana mereka percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu, maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya.

"Nanti tidaklah berlaku kesesakan pada waktu puncak terutama siang. Sebab itu syarikat konsesi mempunyai strategi mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak hari ini.

Shaziman berkata tahun ini merupakan tahun kedua syarikat-syarikat konsesi menyahut seruan kerajaan untuk memberi diskaun dan tol percuma kepada pengguna lebuh raya.

"Tahun lepas hanya dua syarikat konsesi memberi diskaun dan tol percuma berbanding 25 syarikat pada tahun ini. Insentif ini sebagai satu penghargaan daripada kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi kepada rakyat sempena Aidilfitri," kata beliau.

Dalam pada itu, Shaziman turut meminta syarikat-syarikat konsesi menyediakan perkhidmatan yang diperlukan pengguna lebuh raya termasuk perkhidmatan lori tunda untuk membantu kenderaan yang mengalami kerosakan atau kemalangan.

"Saya juga berharap pengguna lebuh raya yang menghadapi sebarang masalah supaya menghubungi syarikat konsesi ini atau Lembaga Lebuhraya Malaysia," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata kerja-kerja pembinaan di jalan raya dan lebuh raya dihentikan buat sementara mulai semalam bagi memastikan aliran trafik lancar dan untuk menjamin keselamatan pengguna.

Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.

* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 6,7 dan 8 Sept serta 13, 14 dan 15 Sept.

* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept.

* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 10 Sept hingga 11.59 malam 12 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 9 Ogos hingga 20 Sept.

* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah hari 11 Sept.

* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 10 Sept hingga 6 pagi 11 Sept.

* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.

* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 10 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 9 Sept hingga 8 pagi 10 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 10 Sept mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 10 Sept hingga 12 tengah malam 11 Sept.

Wednesday, July 7, 2010

Najib Wajar Digelar Perdana Menteri Flip Flop: Judi batal Atau Tidak?? Rakyat Semakin Keliru

Perdana Menteri Najib Razak berdolak dalih sekali lagi apabila secara mengejut membayangkan kemungkinan kerajaan membenarkan semula judi sukan bertapak di negara ini.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa jika kerajaan meluluskan judi sukan, lesen berkenaan akan diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, kerana syarikat itu diberi kelulusan itu sebelum ini.

Jawapan Najib itu menguatkan desas-desus bahawa Umno-BN hanya menangguhkan pemberian lesen untuk judi sukan selepas membatalkan kelulusan itu akibat tekanan masyarakat umumnya dan gagasan pakatan rakyat.

Ini pengumuman Najib pada 26 Jun lalu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi UmnoTidak sampai dua minggu kemudian, Perdana Menteri mengubah rentaknya. Ini pendirian terbaru beliau mengenai judi sukan, sebagaimana yang dibacakan oleh ahli parlimen pokok sena Mahfuz Omar. “Untuk makluman YB, kerajaan belum lagi mengeluarkan apa-apa lesen bagi pertaruhan bola sepak dunia 2010, oleh demikian isu anggaran berkaitan hasil yang dikutip daripada pertaruhan ini tidak timbul walaubagaimanapun kerajaan menawarkan pengeluaran semula lesen pada Ascot Sport Sdn.Bhd untuk mengendalikan pertaruhan bookie tidak termasuk pertandingan bola sepak piala dunia," katanya.

'Kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan (tidak termasuk Piala dunia 2010) kerana syarikat ini telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti itu."Oleh demikian, kerajaan berpendapat jika pertaruhan sukan dipertimbangkan, Ascot Sports akan mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman mereka,” ini jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Jawapan bertulis Perdana Menteri itu dengan sendirinya bermakna ruang masih terbuka untuk judi sukan menjadi kenyataan di Malaysia.“Maknanya isu piala dunia ini tidak timbul soalnya sekarang ialah yang diberikan bukan piala dunia, dan maknanya selepas ini apa kemungkinan pertandingan lain seperti English Premier, Argentina, isunya sekarang adakah kerajaan akan tetap memberikan lesen kepada Ascot Sport yang selain daripada piala dunia," katanya.

Alasan yang diberikan oleh Najib untuk terus menimbang membenarkan judi sukan ialah Malaysia mungkin hilang punca pendapatan jika ia tidak berbuat demikian.“Jawapan kepada saya semalam ialah jawapan bertulis bahawa dipertegaskan oleh Menteri Kewangan kita, jadi soal yang timbul di sini ialah apa sebenarnya soal pendirian kerajaan ini. Oleh yang demikian isu berkaitan anggaran hasil yang dijangka dikutip pendapatan negara, oleh kerana pertaruhan bookie tanpa lesen, kerajaan nampaknya akan kehilangan pendapatan apabila pertaruhan beralih ke negara-negara asing yang membenarkan pertaruhan berkenaan," katanya. Mahfuz berkata jawapan Najib itu juga seolah-olah untuk menjaga hati vincent Tan dan Ascot Sports.

“Oleh sebab itu kita lihat di sini, kerajaan menawarkan semula lesen itu untuk Ascot Spot bagi mengendalikan lesen untuk piala dunia kerana syarikat ini pernah diberi kelulusan judi untuk menjalankan aktiviti tersebut," katanya.

Friday, June 4, 2010

umNO Juara Rakyat!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPso7Ugy2pBf4OY8tWyA2vxpCFo3EoMmOXY81uDsmMRFXV9liSOL4fNU2-4A7HUU_vjoMUTwDlqjYBPhIZaG9mxpSWI87DbpCMzP53QqFXvhzBD9Vk7Yp7zOUggnRv9yckxIU6ZiHe74g/s1600/32258_128353610517667_100000290870221_264666_4546193_n.jpg

Anwar Ancaman Kepada Yahudi? Siapa Agen Yahudi Sebenar??

Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington D.C memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

Ditubuhkan pada 13 Oktober 1843, pertubuhan yang mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara antara gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Tel Aviv.

B'nai B'rith mengeluarkan kecaman terhadap Anwar Ibrahim dalam satu surat rasmi kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Pertubuhan ini melahirkan kebimbangan diatas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma perunding Apco Worldwide 30 Mac lalu di Parlimen.

Friday, March 19, 2010

One Israel One Malaysia?

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan perkataan glocal, tergedik-gedik puak yang 'asabiyyah kepadanya memuji-muji beliau. Seolah-olah, beliaulah yang memperkenalkan perkataan itu.

Lama-lama orang tau jugak bahawa perkataan glocal dipopularkan oleh
Roland Robertson. Kalau tak silap, dalam tahun 1995.

Bila dia naik jadi Perdana Menteri ketika orang susah sungguh nak melupakan misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Najib perkenalkan pula perkataan 1Malaysia. Biasalah, perkataan itu kemudiannya dikonsepkan.

Ketika mula diperkenalkan, orang tak tau menatang apa pulak 1Malaysia tu (sila lihat berita Malaysian Insider 3/6/09 "
Dr M also does not know what 1 Malaysia is"). 1Puaka saya tau la.

Akhirnya, orang terjumpa konsep One Israel yang diperkenalkan oleh Ehud Barak menjelang pilihan raya 1999 entiti haram Yahudi itu (lihat wikipedia
di sini dan artikel The Review bertajuk "Barak's 'One Israel'"). Apa kesimpulan yang hendak dibuat oleh sesiapa pun, itu sendiri-sendiri punya fasal.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan kawan Najib, syarikat Yahudi APCO Worldwide mendakwa, "1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak" (lihat berita Bernama semalam bertajuk "
APCO tidak ada peranan dalam pewujudan konsep 1Malaysia")

Pernahkah sesiapa mendengar cerita babi punya susu, anjing dapat nama?
PB.