Best Ever, Tolong Klik Sini!

Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts

Friday, September 3, 2010

Tolong Bongkar Lagi Penyelewangan Khir Toyo!

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

"Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakinisemalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi.

Friday, August 13, 2010

Saya Lebih Baik Dari Khir Yoyo - Khalid Ibrahim

Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.

“Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran) Khir Toyo,” kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

“Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

“Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri.”

Dalam
wawancara denganMalaysiakini pada Selasa lalu, Khalid bahkan menggambarkan Dr Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta beliau tidak mampu pergi jauh.

“Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun,” kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu.

Ketawa besar

Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.

Mengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak watak kepimpinannya.

“Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam sambil minum air,” katanya yang sudah 2 tahun 5 bulan menjadi ketua eksekutif negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet.

Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut.

“Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Hanya satu isteri

Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran.

Tambahan lagi, katanya, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah.

“Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini,” kata Khalid.

Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu.

Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu.

Bagaimanapun, jawab Khalid: “Ini jawatan lama.”

Wednesday, July 21, 2010

Isu Pasir Selangor: Noh Omar Sasar Khir Toyo

Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

"Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang.

"Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Sri Shuhaimi.

"Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin."

Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno.

Manakala Noh pula diberikan jawatan penting sebagai orang nombor dua dalam perhubungan Umno negeri bagi membantu tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi berkata tindakan Noh melawat dua kawasan tersebut sebagai reaksi kepada tindakan Dr Mohd Khir menunjukkan kawasan Dengkil - kawasan ADUN Marsum Paing yang didakwa penyokong kuat Noh.

"Cara mereka bertindak membuktikan (isu) pasir di Selangor hanyalah 'batu loncatan mencari pengaruh' dan tidak lebih dari itu," kata Shuhaimi.

"Isu pasir Selangor adalah ciptaan UMNO Selangor menyukat pengaruh masing masing, tidak lebih dari itu."

Isu Yayasan Selangor - Kebajikan Dan Kemudahan Lebih Baik Untuk Pelajar di Kolej INPENS

Fungsi Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) diambil-alih sepenuhnya oleh Kolej Antarabangsa Institut Pendidikan Negeri Selangor (INPENS) selaras dengan rancangan jangka panjang vokasional Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemindahan pelatih IKYS ke Kolej Antarabangsa INPENS adalah untuk menyediakan pusat pembelajaran yang terbaik kepada pelajar terlibat.

Sementara itu, Yayasan Selangor menjelaskan premis IKYS akan digunakan untuk khidmat latihan nasional.

Pihak yayasan berpandangan ada pihak tertentu mengambil kesempatan dari pemindahan ini untuk merosakkan imej kerajaan negeri.

“Institut ini bukanlah ditutup tetapi untuk menyusun semula institusi-institusi yang di bawah jagaan Yayasan Selangor yang mana penuntut-penuntut dari instutusi dan kemahiran tersebut akan dipindahkan ke Kolej INPENS iaitu kolej terbesar Kerajaan Negeri di Kuala Selangor," tegas Khalid.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 300 pelajar IKYS yang berhimpun di Sabak Bernam semalam membantah penutupan premis IKYS Jumaat lalu.

Pelajar terlibat berkata pemindahan aturcepat ke Kolej Antarabangsa INPENS yang mempunyai kemudahan pembelajaran serba lengkap adalah satu penganiayaan kepada masyarakat miskin.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut menyertai perhimpunan ini.

Kerajaan Negeri berpendapat Kolej Antarabangsa INPENS menyediakan ruang yang lebih besar untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar ini. Perpindahan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dari segi kursus, tenaga pengajar, dan pengiktirafan pensijilan kecuali perubahan tempat sahaja.

“Dari segi kemudahan di INPENS Kuala Selangor adalah lengkap dan bererti ada asrama dan tempat-tempat dan alat-alatnya adalah cukup dan juga ada hubungan terus kepada industri dan tempat membuat latihan industri dalam kerja," jelas Khalid.

Pemindahan pelajar-pelajar miskin IKYS ke Kolej Antarabangsa INPENS yang lengkap dengan pelbagai kemudahan pembelajaran tidak akan memberi kesan kepada kebajikan pelajar terlibat, kecuali mutu pembelajaran yang lebih baik.

Yayasan Selangor berkata pihak tertentu yang beranggapan keluarga pelajar terbabit perlu menanggung kos tambahan mungkin telah terkeliru kerana pemindahaan ini tidak menjejaskan kos penginapan, pengajian dan peperiksaan.

Pengurus Besar Ilham Marzuki berkata pemindahan ini juga tidak mengubah pengajian yang ditawarkan kepada pelatih, pertauliahan sijil kepada pelatih, serta Kemudahan Pinjaman Pendidikan Yayasan Selangor.

Yayasan Selangor menjelaskan bahawa pemindahan ini dibuat mengikut saranan Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Ini kerana Kolej INPENS mengendalikan kursus-kursus kemahiran vokasional sejak dari zaman Barisan Nasional, manakala kursus-kursus profesional diserahkan sepenuhnya kepada Universiti Industri Selangor sejak April 2007.

"Perkara ini adalah selaras dengan hasrat untuk merasionalisasi dan menyelaras fungsi agensi Kerajaan supaya tidak ada pertindihan antara agensi-agensi Kerajaan seperti yang disarankan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ini akan mengelakkan pembaziran sumber dan memberi tumpuan yang lebih khusus bagi meningkatkan kualiti pendidikan modal insan," tegas Ilham.

Ilham Razak membidas laporan yang mendakwa IKYS akan ditutup adalah tidak benar sama-sekali kerana premis sedia-ada akan dimaanfaatkan bagi tujuan program pembinaan modal insan dan latihan khidmat nasional.

Apa yang lebih mendukacitakan pihak Yayasan adalah kehadiran Ketua Pembangkang Selangor di perhimpunan aman semalam. Ilham Marzuki menjelaskan pemindahan dan penyerapan penuntut adalah amalan yang biasa dilakukan dibawah pentadbiran lalu.

"Betapa singkat dan pendek ingatan sesetengah orang yang membuat tuduhan-tuduhan liar ini mungkin sengaja mencari publisiti murahan untuk kepentingan yang sempit dan berniat jahat. Penggabungan dan penyerapan seumpama ini pernah di perbuat antara Kolej INPENS dan UNISEL yang di bawah MBI (Menteri Besar Pemerbadanan) pada april 2007," jelas Ilham.

Monday, July 19, 2010

Isu Pasir Selangor: Jangan Tunduk Pada Pembangkang

Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.

"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.

Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.

Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.

"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.