Kerajaan telah meluluskan kenaikan bayaran elaun untuk speaker Dewan Rakyat dan yang dipertua Dewan Negara serta timbalan mereka.
Kenaikan tersebut - selepas 29 tahun - berkuatkuasa mulai 1 Mei tahun ini.
Ia termasuk elaun keraian speaker Dewan Rakyat dan yang dipertua Dewan Negara - yang dinaikkan dari RM7,000 kepada RM9,860.
Mereka juga akan menerima RM10,000 ketika pelantikan dan RM10,000 apabila bersara.
Timbalan speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga menikmati kenaikan elaun tetapi tidak setinggi itu.
Elaun lain bagi speaker dua dewan berkenaan ialah:
* Kenaikan RM1,000 bagi elaun bulanan perumahan - dari RM3,000 untuk RM4,000.
* Elaun tahunan selenggaraan rumah sebanyak RM10,000.
* Pinjaman perumahan dinaikkan dari RM480,000 kepada RM720,000.
* Bayaran RM5,000 untuk pindah rumah.
* Kenaikan bayaran elaun orang gaji dari RM2,000 kepada RM2,500.
* Kenaikan dari RM2,000 kepada RM3,000 untuk membeli telefon bimbit serta aksesorisnya bagi setiap tiga tahun
* Kadar maksimum yang boleh dituntut bagi bayaran telefon rasmi dinaikkan dua kali ganda - dari RM500 kepada RM1,000
* Elaun 'baju sejuk' dinaikkan tiga kali ganda - dari RM2,000 kepada RM6,000
* Kadara bayaran bagi pakaian upacara rasmi dinaikkan dari RM1, 000 kepada RM1,500 bagi setiap tiga tahun.
* Kos penginapan harian dinaikan dari RM600 kepada RM2,000 untuk cuti tahunan di luar negeri
'MP juga perlu tambahan'
Sementara itu, ahli parlimen DAP Rasah Anthony Loke memberitahu media bahawa ahli parlimen juga perlukan wang tambahan untuk beroperasi secara lebih efisien.
"Kami tidak dapat banyak. Elaun kita pergi kepada kakitangan kami, pengangkutan dan banyak perkara lagi."Kami tidak kisah kalau kami tidak mendapat kenaikan elaun kami. Tetapi ia benar-benar akan membantu jika kita boleh mendapatkan elaun yang sistematik, seperti menyediakan pejabat dengan kakitangannya dan sekurang-kurangnya seorang penyelidik sepenuh masa. Ini untuk meningkatkan kerja kami sebagai ahli parlimen," katanya.
No comments:
Post a Comment