Satu kenyataan akhbar bertarikh 18 Julai dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor bagi memperbetulkan laporan yang mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sedar adanya pengusaha kecil pasir di Selangor, seperti yang disiarkan oleh beberapa akhbar hari ini.
Apa yang dimaksudkan oleh Menteri Besar ialah beliau tidak sedar kadar harga pasir yang dikenakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah menjejaskan pengusaha kecil pasir khususnya Bumiputera.
Katanya, harga yang dikenakan KSSB itu sesuai dengan pasaran sekarang ini tetapi Menteri Besar akan meminta KSSB membuat kajian semula kadar harga itu jika ia benar-benar telah meyukarkan pengusaha pasir Bumiputera.
Dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Falak 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Sabtu, Menteri Besar juga ditanya media dakwaan pengusaha yang tidak puas hati dengan syarat keluasan tanah mesti lebih 20 ekar sebelum permit dikeluarkan.
Menurut Khalid, KSSB menjalankan program pemulihan selepas kerja-kerja melombong pasir selesai dan kos itu berbaloi jika kawasan yang terlibat adalah luas.
Katanya, kerja pemulihan bekas tapak perlombongan pasir tidak pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat sebelum ini.
Lantaran itu, banyak lubang-lubang yang ditinggalkan.
Katanya, kerana itulah harga pasir yang dikenakan agak tinggi kerana ia sudah dikira dengan kos kerja-kerja pemulihan.
Kerajaan Selangor juga menyedari bahawa KSSB baru setahun beroperasi dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, apa yang tidak dapat dinafikan ialah keupayaan syarikat milik kerajaan negeri ini meningkatkan kutipan dan royalti yang digunakan untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
No comments:
Post a Comment