Best Ever, Tolong Klik Sini!

Friday, July 23, 2010

Menteri: Usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam Melalui Ajaran 'Ummu Jah'

Semua majlis agama Islam telah diarah memantau sebarang aktiviti yang mempunyai unsur-unsur ajaran 'Ummu Jah' yang dipercayai menyebarkan fahaman kumpulan al-Arqam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penyebaran ajaran itu harus disekat pada peringkat awal agar tidak mempengaruhi masyarakat.

"Kita tak nak perkara seperti ajaran ini berlaku kerana ianya akan mengelirukan umat Islam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan kepada masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau berkata tugas pemantauan itu turut dipertanggungjawabkan kepada golongan yang mengajar di masjid-masjid dan surau.

Semalam sebuah akhbar melaporkan usaha menyebarkan semula ajaran pengasas kumpulan al-Arqam, Asaari Muhammad yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas kini dipelopori oleh isteri keduanya Hatijah Aam yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah.

Ummu Jah dipercayai giat melakukan penjenamaan semula imej kumpulan termasuk di peringkat antarabangsa dengan berselindung di sebalik sebuah syarikat bernama Global Ikhwan Sdn Bhd.

- Bernama

No comments:

Post a Comment