Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.
Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.
"Kalau saya umum hari ini, dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.
Dalam nada yang lebih serius Anwar menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.
"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.
"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.
"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.
"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.
Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak
berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.
"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.
"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.
Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.
"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baiksebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.
Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.
"Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini," kata beliau lagi.
Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan. Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai.
Best Ever, Tolong Klik Sini!
Monday, November 15, 2010
Umno Akan Sambut Raya Aidiladha Awal Jika Saya Keluar PKR - Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment