Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, November 15, 2010

Timb Pengurus Besar Yayasan Selangor Diarah Bercuti, Juru Audit Bebas Siasat - Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 14 NOV : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor , Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan berhubung kos RM300,000 majlis anjuran Yayasan Selangor selesai dijalankan.

Dalam pada masa yang sama , Khalid berkata Kerajaan Negeri memutuskan membekukan sementara semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS sehingga laporan penuh audit siap yang dijangka akhir bulan ini.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri turut mengarahkan juru audit bebas untuk menyiasat semua dakwaan yang dibangkitkan berhubung dengan urustadbir PKNS.

"Jabatan Perhubungan Awam PKNS diarahkan supaya melaporkan kepada Pejabat Menteri Besar sebelum mengadakan sebarang aktiviti termasuk membuat keputusan-keputusan penting.

"Langkah ini untuk memastikan setiap aktiviti akan dipertimbangkan secara teliti dari aspek kepentingan, keperluan dan belanjawan sebelum dilaksanakan.

"Jabatan Perhubungan Awam PKNS dijangka berjalan seperti biasa sebaik laporan audit diterima dan keputusan mengenainya diumumkan," ujar beliau dalam kenyataan media, hari ini.

Ujarnya, langkah itu dibuat selepas mengambil kira semua pandangan dalam memastikan pentadbiran negeri, agensi kerajaan dan anak-anak syarikatnya diuruskan dengan baik dan setiap wang yang dibelanjakan digunakan untuk kepentingan dan kebaikan rakyat.

Semalam, Sultan Selangor membatalkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor yang dijadualkan, esok.

Ini berikutan, kosnya melebihi RM300,000 bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang mana Baginda berpendapat amat tinggi dan membazir.

No comments:

Post a Comment