Best Ever, Tolong Klik Sini!

Monday, November 15, 2010

Zaid Main Politik Kotor, Sila Keluar Jika Punyai Masalah

Datuk Zaid Ibrahim meneruskan tentangan terhadap gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam wawancara di dua akhbar dikawal pemerintah, Mingguan Malaysia dan New Sunday Times hari ini.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Zaid menyeru penolakan terhadap "politik tipu helah," yang walaupun tidak disebut dengan tepat, ditujukan kepada Anwar dan Azmin.

Dalam kedua-dua wawancara, Zaid menegaskan PKR ialah parti Anwar dan oleh kerana itu sukar perubahan hendak dilaksanakan, dan suara ahli-ahli tidak bermakna.

Beliau juga mengkritik Azmin sebagai tidak mampu menjadi pemimpin PKR.

Zaid juga menyatakan kemungkinan menubuhkan parti baharu jika disingkir daripada parti. Ini disebabkan parti-parti sedia ada tidak selari dengan pendirian politik liberal beliau.


Sokongan yang beliau terima daripada liberal di negara ini menunjukkan perjuangannya yang masih panjang, dan akan terus dikemukakan sebagai seorang pemimpin dalam pembangkang walau apa keputusan pemilihan PKR kali ini.

Dalam New Sunday Times, Zaid menyarakan seorang pemimpin PAS ditonjolkan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, kenyataan yang bermaksud Anwar tidak boleh lagi memimpin PR.

Lebih memperlihatkan kesediaannya menyaingi Anwar ialah apabila beliau menamakan pemimpin-pemimpin yang lebih liberal dan menyokong kuat Anwar, yakni Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid Yusuf, Dr Dzulkifly Ahmad dan Khalid Samad.

Tindakan ini merupakan satu usaha untuk menarik sokongan mereka daripada Anwar. Pemimpin tersebut, yang dilabel "Erdogan" dalam PAS, menyokong kuat Anwar dan semua agendanya termasuk pelan peralihan kuasa "16 September."

Wawancara tersebut, kali kedua dalam tempoh lebih kurang tiga bulan dengan Mingguan Malaysia dan pada hari sama dengan dua buah akhbar harian, menunjukkan Zaid akan terus melawan Anwar dan Azmin, dan mungkin semakin mempunyai sokongan, walaupun hanya untuk menjatuhkan dua individu itu.

Kesediaan diwawancara akhbar propemerintah memberi simbol penentangan terhadap pendirian Anwar dan pembangkang.

Tindakan Zaid ini menjadikan politik PKR - dan juga PR - semakin kompleks terutama melibatkan kedudukan Anwar, dan menunjukkan Zaid akan terus menjadi satu faktor penting dalam politik pembangkang.

Apa yang dilakukan mampu memberi kesan kepada hubungan antara parti dalam
PR.

Setakat apa yang sedia dilakukan Zaid sehingga kini, tidak nampak tanda beliau akan menghentikan penentangannya terhadap Anwar, malah mencari sokongan lagi dalam usahanya itu. - SiasahDaily

No comments:

Post a Comment