Apa sudah jadi pada DAP? Meluat sungguh melihat kenyataan bongkak mereka? lupakah semangat setiakwan dan saling membantu dalam Pakatan Rakyat? Kenyataan seperti itu akan lebih membantu kemenangan umNO dalam pilihanraya akan datang. Setelah menang DAP lupa bahawa PKR lah yang banyak membantu kemenangan DAP dan PAS dalam pilihanraya yang lepas. Jangan seperti kacang lupakan kulit! Sangat menejengkelkan!
DAP telah ditegur kerana meminta kerusi tambahan daripada rakannya dalam Pakatan Rakyat - PKR - untuk membolehkan calonnya dari kalangan orang Melayu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata pemimpin Melayu DAP yang membuat permintaan itu baru-baru ini, tidak bijak berbuat demikian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka tidak lama lagi.
Johari (kanan) berkata, dengan pilihan raya semakin dekat, beliau menasihatkan ahli jawatankuasa pusat DAP, Zulkifli Mohd Noor - yang membuat komen tersebut - supaya tidak 'mengeruhkan keadaan'.
Beliau menasihatkan DAP supaya tidak menjadi seperti Umno, yang didakwanya, menjadi besar kepala apabila mereka menang besar.

No comments:
Post a Comment