Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, August 25, 2011

Iron Lady: Cerita Kak Wan

Cerita Hidup Wan Azizah Isteri Pemimpin Rakyat Anwar Ibrahim
Cerita penuh di KLIK CeritaKakWan

KUALA LUMPUR: KEADILAN hari ini melancarkan 6 siri cerita bergambar dengan tajuk ‘Cerita Kak Wan’ mengenai sejarah kehidupan dan latar belakang Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia memaparkan pengalaman Wan Azizah berdepan keperitan dan kesusahan hidup dalam membesarkan dan menjaga enam anak semasa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin,  cerita bergambar itu didatangkan dalam bentuk edaran video dan risalah yang boleh diperolehi menerusi laman web www.ceritakakwan.com, yang turut memuatkan biografi Wan Azizah semasa kecil.

Zuraida  menambah, terdapat maklumat istimewa yang jarang dipertonton kepada umum pada sesi rakaman temubual video berkenaan.

“Kita ada contoh terbaik daripada yang kita ada sekarang. Berbanding dengan isteri Perdana Menteri yang nampaknya lebih berminat dengan barangan kemas, beg  tangan dan pakaian berjenama,” kata Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin, merujuk isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur.

Turut hadir ketika sidang media pelancaran cerita bergambar berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Ketua Wanita KEADILAN, Noorsham Abu Samah.

Zuraida berkata, sebanyak 35,000 risalah berkenaan akan diedarkan bermula di Selangor sebagai persiapan kempen menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Ia akan disebarluas di kalangan wanita Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.

“Risalah ini juga ingin memaklumkan bahawa Dr Wan Azizah adalah sama seperti wanita yang lain juga,” katanya.

No comments:

Post a Comment