Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, August 25, 2011

Fitnah II: Saksi Pembela Pertikai Kesahihan Ujian Makmal Jabatan Kimia Kerajaan


Peguam Anwar bangkit kredibiliti Jabatan Kimia, tiada tauliah ASCLD

Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.

Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).

Malangnya sehingga kini, makmal tersbut masih belum mendapat pengiktirafan ASCLD dan inilah yang dipersoalkan Ram Karpal.

Dr Brian memberitahu pengkitirafan dan akreditasi ASCLD perlu sebagai satu kaedah sesuatu makmal forensik atau kajian DNA diiktiraf dan mematuhi piawaian antarabangsa.

Malah, Dr Brian yang juga menganggotai NATA (National Association of Testing Authorities) sebuah badan yang mempunyai makmal dan diiktiraf oleh ASCLD.

Ini sekaligus bermakna keputusan ujian DNA yang dijalankan oleh Dr Seah Lay Hoong (kanan) dan Nor Aidora Saedon boleh dianggap cuai dan tidak sah untuk mendapat pengiktirafan kerana menurut peguam Anwar, Sankara Nair, makmal Jabatan Kimia Malaysia pun masih tiada memperoleh sijil ISO MM17025 yang diperlukan untuk kes jenayah dan makmal jenayah.

Sijil ISO MM17025 adalah sijil paling minimum untuk sesebuah makmal jenayah mendapat kelulusan untuk menjalankan kajian berkenaan DNA dan genetik termasuk DNA jenayah.

Bagaimanpun, Pendakwaraya II Yusof Zainal Abiden membantah permohonan Ram Karpal untuk memasukkan kedua-dua dokumen tersebut sebagai barang bukti dengan alasan ia tidak berkaitan dengan perjalanan kes.

No comments:

Post a Comment