Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, August 25, 2011

Kelantan Benar Konsert Jom Heboh 29 Oktober 2011 Dengan Syarat Mengikut Syariat

Risau jadi macam pesta lame tuh. Nik Aziz tidak dibenar hadir even sebagai tuan rumah. perlu dimasukkan juga terma itu. Jangan lupe Media Prima itu agen umNO, tukang putar alam

Kerajaan PAS Kelantan buat kali kedua membenarkan konsert "Jom Heboh" tahun ini, selepas kali pertama diadakan pada 2009, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Konsert Jom Heboh itu dijadual diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada 29 Oktober.


concert
Beliau berkata kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak, iaitu penganjur Media Prima dengan kerajaan negeri.

"Kelulusan kita itu berasaskan kepada kejayaan pihak penganjur mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.


Katanya antara syarat itu termasuklah tidak membenarkan penglibatan artis wanita dan berpakaian sopan.


Sehubungan itu, kerajaan negeri melantik tiga anggota exco sebagai pengerusi jawatankuasa bersama untuk memantau persembahan itu.


Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan dan beliau sendiri.

- Bernama

No comments:

Post a Comment