Best Ever, Tolong Klik Sini!

Saturday, February 18, 2012

Memorandum Bantahan Anwar Ibrahim Club Kepada Media Prima, TV3

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. " [Al-Maidah:8]

Tahniah dan syabas buat Kelab Anwar Ibrahim (AIC) kerana berani mencabar sistem ketidakadilan Media Prima khususnya TV3. AIC juga mendesak diberikan ruang untuk Anwar Ibrahim menjawab beberapa isu yang disiarkan secara berat sebelah.


 

Thursday, February 16, 2012

Penyerahan Memorandum Bantahan Anwar Ibrahim Club Kepada Media Prima Berhad Berhubung Serangan Berat Sebelah Terhadap DS Anwar Ibrahim Berkenaan Polemik Negara Israel

Jemputan Media

ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)
17 FEBRUARI 2012

Anwar Ibrahim Club (AIC) memandang serius tentang serangan media oleh Media Prima Berhad yang keterlaluan dan berat sebelah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Negara Israel yang begitu bersungguh-sungguh dimainkan oleh Buletin Utama, TV3. 

AIC melihat situasi ini seperti satu medan pembunuhan karakter yang terancang, bertujuan memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul di media-media naungan Media Prima Berhad untuk menerangkan fakta sebenar dan mempertahankan diri berhubung isu tersebut.

Maka esok, 17 Februari 2012 jam 11.00 pagi, AIC akan menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengarah Media Prima Berhad di Sri Pentas,No. 3 Persiaran Bandar Utama,Bandar Utama,47800 Petaling Selangor Malaysia bagi menyatakan pendirian tegas kami berhubung perkara ini. 

Dijemput, rakan-rakan yang mendukung kebebasan media bagi sama-sama hadir ke penyerahan memorandum ini. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 


GENERASI PENGGERAK ZAMAN


Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club (AIC)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 13, 2012

Kesilapan-Kesilapan Ketika Mendidik Anak

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Friday, February 10, 2012

Degil!! Najib 'Gadai Akidah' - Harussani

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas HarussaniKUALA LUMPUR— Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

Thursday, February 9, 2012

Pendedahan: Kisah Sebenar Hubungan Hasan Ali, Khalid Samad

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar.

Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

Wednesday, February 8, 2012

Hasan Perlu Henti Kecaman, Jelaskan Pertemuan Dengan umNO

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

NONEHusam (kiri) berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Kantoi! Harta Terkumpul Keluarga Shahrizat Jalil

Jumlah keseluruhan harta keluarga Shahrizat Jalil yg ditampung oleh dana awam (wang rakyat) RM250 juta yg diberi kpd NFC adalah berjumlah RM62,160,913. Yang kita ketahui setakat ini.

1 - Dua (2) unit kondominium mewah One Menerong di Bangsar dgn kos RM13,800,000.

2 - Sebuah Mercedes Benz CLS 350 CGI dgn kos RM534,622.

3 - Dua (2) lot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10 di Putrajaya dgn kos RM3,363,507.

4 - Satu (1) unit kondominium Orchard Scotts, Singapura dgn kos RM9,900,000.

5 - Dua (2) unit kondominium mewah Marina Bay Suites, Singapura dgn kos RM34,562,784.

Inilah umrah cuci dosa Shahrizat. Setelah rakus membolot harta awam untuk kepentingan peribadi.

Mungkin selepas ini Sharizat perlu ke umrah sekali lagi untuk cuci dosa.

UmNO perlu ditumbangkan!


Sent from my BlackBerry® smartphone

Kantoi: Duit Rakyat! NFC Kumpul Aset Mewah Di Singapura

KENYATAAN MEDIA
8 FEBRUARI 2012

SKANDAL NFC: PENGURUSAN NFC MENGUMPUL ASET MEWAH DI SINGAPURA

Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:
 
Alamat
 
#08-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965 
 
Hakmilik
 
Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
 
Harga
 
S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli
 
27 Mei 2010

Pembiaya
 
United Overseas Bank Limited (UOB)


Alamat
 
#11-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965

Hakmilik

Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)


Harga
 
S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575


Tarikh dibeli

27 Mei 2010


Pembiaya

Malayan Banking Berhad (Maybank)

 
Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato' Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.


Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:

 

HARTA

JUMLAH (RM)

2 unit kondominium One Menerong
 

13,800,000

Mercedes Benz CLS 350 CGI
 

534,622

2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya
 

3,363,507

1 unit kondominium Orchard Scotts
 

9,900,000

2 unit kondominium Marina Bay Suites
34,562,784

 
JUMLAH

62,160,913

Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Dato' Seri Najib Tun Razak:

1.      Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?

2.      Beranikah Dato' Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?

3.      Apakah Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil?

Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.

 

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Parti Keadilan Rakya
Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 2, 2012

Bagaimana Dana Untuk Wilayah Sampai Ke Jerai?

PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

NONEYayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

KITA Akan Dibubarkan


Sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA. Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat. 

Wednesday, February 1, 2012

Anwar Nasihat Mahathir Duduk Rumah Jaga Cucu


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.

Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.

"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.

"Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.

Tindakan Azizan Selaras Dasar Pakatan Rakyat

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada pemimpin PAS jika diminta berbuat demikian.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03‘‘Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan PAS jika diminta berbuat demikian,” kata Azizan dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata walaupun keputusannya untuk menggantung lima pelajar KUIN mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakan Pakatan, namun ia tidak menggugat kedudukannya sebagai menteri besar.

Sebaliknya, Azizan mendakwa kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli PAS di peringkat pusat dan negeri.

“Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap,” katanya lagi petik akbar milik Umno itu.

Isteri Saya Larang Debat - Ahmad Maslan





Sama ada pengakuan terbaru ini benar atau tidak wallahuakhlam bissawab.....

Biarkan Ustaz Azhar Idrus Dengan Dunia Ceramah

Mohd Sayuti Omar
Satu malam entah macam mana dalam asyik melayari muka buku (Fb) sebelum melelap mata tiba-tiba saya terjumpa dengan you tube Ustaz Azhar Idrus. Saya membukanya dengan tidak sengaja dan mendengar syarahannya mengenai agama. Dialek atau slang Terengganu yang diguna pakai dalam berceramah menjadikan saya mengambil masa untuk mengamatinya kerana ada sesuatu kelainan dan sedikit unik. Sebutannya ada iras-iras pelawak Mat Over.

Dalam minda tertanya-tanya siapakah dia ini?

Tumpuan saya terpaku kepada you tube itu beberapa ketika kerana ada kemesraan cara dia berceramah. Patah-patah ungkapan dan anologi yang dibuat untuk menjelaskan sesuatu mauduk mengenai agama mematikan saya di situ untuk tidak menyentuh skin I-Pad mengalih kepada you tube syarahan ustaz-ustaz yang lain.

Duration video yang ringkas dalam tempoh tiga hingga lima minit meringkaskan kerja kita untuk terus menikmatinya. Selepas satu, satu saya membukanya. Tanpa disedari malam itu Azhar mengheret saya ke jam empat pagi. Hebat... tiada syarahan agama sebegitu yang saya mengikutinya sampai begitu lama, kecuali oleh ustaz atau Kiyai dari Indonesia.
Malam besok sesudah selesai membuat posting akhir - susupan tengah malam - saya mencari klik video beliau. Sambil berbaring - melentang meletakkan I-pad di atas dada mendengar Azhar bersyarah, lagaknya macam mendengar lagu-lagu hindustan lama nyanyian Mohamad Rafi dengan Asha Bosle pula. Dan malam seterusnya saya mengikuti lagi. Memang dia ini ada aura dan ada keunikan tersendiri.