Tahniah dan syabas buat Kelab Anwar Ibrahim (AIC) kerana berani mencabar sistem ketidakadilan Media Prima khususnya TV3. AIC juga mendesak diberikan ruang untuk Anwar Ibrahim menjawab beberapa isu yang disiarkan secara berat sebelah.
Sejak 1998, Anwar Ibrahim seringkali dinafikan hak untuk menjawab beberapa isu yang dibangkitkan media. Lebih teruk lagi, media telah mengaibkan beliau dan keluarga malah difitnah.
Media Malaysia yang dikonkong orang kuat dalam politik perdana seakan terlupa akan Etika Kewartawanan yang perlu disanjung ketika melaporkan berita.
Semoga bantahan yang dihantar ini menyedarkan kalangan media untuk bebas dan adil dalam menyiarkan laporan. Berat sebelah dalam melaporkan berita hanya mengundang kebencian orang ramai.
Tahniah Anwar Ibrahim Club!
No comments:
Post a Comment