Sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk
membubarkan KITA. Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan
sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada
pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan
Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.
Mereka telah
melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa
mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada
negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.
Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong
idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan
ketertiban kepada wacana politik telah gagal. Saya tidak berjaya membawa
masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai
demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan
pegawai-pegawai awam. Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang
mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman
yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk
menarik balik.
Kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang
memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada kami.
Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik
kepimpinan saya di dalam KITA, dan yang menggemburkan cerita-cerita
dengan tujuan untuk mencemuh saya.
Peribahasa Melayu ada menyebut, “jika sesat di penghujung jalan,
kembalilah ka pangkal jalan”.
Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA
adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif
dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada
kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini. Saya telah
membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati.
Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini
dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai
tujuan itu. Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini
yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada
awam, dan kita boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan
maruah.
Kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati
dengan keputusan ini, saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan
mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia
adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang.
Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu
sendiri.
Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh
Barisan Nasional — maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan
tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi.
No comments:
Post a Comment