Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, March 28, 2012

Kerajaan Merayu Kenakan Cukai Kepada Rakyat


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

NONE"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar kontroversi itu selepas pilihan raya umum akan datang, dalam majlis bersama anggota Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia hari ini.

2 Wanita Jadi Mangsa Asid Lagi


Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.
  
Beliau berkata suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

Khairy Terajui PUNB Bermula 1 April

NONE

















Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 April.
  
Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan hari ini.

Monday, March 26, 2012

Mengapa umNO BN Serang Anwar Ibrahim?

KOMENTAR: ‘Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negara’. Itulah kenyataan terbaru Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi PM.

Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan perkataan Anwar dan PM telah memberi isyarat bahawa kebimbangan paling kronik BN terhadap potensi Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud.

Bagi para penganalisa politik maupun orang politik, agenda dan strategi politik Umno-BN amat mudah dibaca. Maklumlah setelah lebih 54 tahun menguasai negara. Skrip dan sejarah Umno tidak pernah berubah walaupun perlaksanaannya agak berbeza.

Secara rawaknya, apa yang ditakuti pemimpin-pemimpin Umno-BN akan diterjemah dalam bentuk menyerang atau menyalahkan pembangkang.

Lebih hebat dan kuat diserang menunjukkan itulah yang ditakuti atau cuba dihindari.

Mengapa Anwar di serang

Kejam Tidak Lakukan Seks


NEW DELHI- Pasangan kelamin yang enggan melakukan hubungan seks, dianggap zalim oleh Mahkamah Tinggi di Delhi dalam satu kes rayuan untuk perceraian.

Mahkamah mengisytiharkan keengganan melakukan seks itu berasas setelah si suami berkata isterinya enggan tidur bersama di malam pengantin dan hanya membenarkan melakukan hubungan 10 hingga 15 kali, dalam masa lima bulan.

Pasangan enggan lakukan seks dianggap kejam Agensi Press Trust of India melaporkan hakim Kailash Gambhir ketika memberi keputusan berkata: “Keterangan suami mengatakan isteri tidak memberi tindak balas dan seperti tunggul kayu ketika melakukan hubungan seks, tidak dibantah.”

“Sudah terbukti tiada kemahuan melakukan hubungan seks tanpa sebab munasabah dan ini adalah kejam,” katanya.

Rakyat Malaysia Terus Sokong Pakatan Rakyat


KUALA SELANGOR- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat negeri ini untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat yang telah membuktikan kemampuan memerintah negeri dengan lebih baik.

Rakyat diseru terus sokong Pakatan RakyatMenurut beliau, selama empat tahun memerintah negeri itu sejak 2008, pendapatan negeri itu meningkat mendadak dan hasilnya dapat dinikmati rakyat yang disalurkan melalui program-program merakyatkan ekonomi Selangor.

"Hasil negeri melonjak lebih baik dari sebelum 2008 dan ini bukan harapan lagi. Angka-angka ini adalah telah dibuktikan, telah nyata dan tidak boleh dipertikaikan dan kalau tidak dijaga dgn baik, akan terjerumus.

"Oleh itu marilah kita bersama berkerja sebagai satu keluaga, Selangorku untuk semua rakyat Selangor, pecahkanlah benteng perbezaan," katanya.

Biar Luar Dacing, Dalam PAS - Tok Guru

KAJANG- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru anak Terengganu yang berada di perantauan agar pulang mengundi pada pilihan raya umum nanti.

"Rakyat kena balik, yang jadi pengundi kena balik," ujar Abdul Hadi di hadapan kira-kira 1,000 anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di dewan MPKj, Kajang tengah hari tadi.

Katanya, tenaga mereka ini sangat penting dalam menentukan politik negeri Terengganu selepas ini.

David Beckham Jual Istana

LONDON- Mereka menjadikan Los Angeles kediaman mereka sejak lima tahun lalu.
Dan kini, keluarga Beckham membuat keputusan untuk terus menetap di sana dan mahu menjual rumah mereka di Britain yang lebih dikenali sebagai Beckingham Palace.

Beckham jual ‘istana’Menurut penialaian oleh ejen hartanah, rumah agam milik David dan Victoria itu di Hertfordshire, kini berharga kira-kira 18 juta pound (RM88 juta).

Mereka juga membuat keputusan untuk menjual rumah mereka di Perancis yang berharga RM12.2 juta yang akan memutuskan pertalian mereka dengan Eropah.

Pasangan itu yang bernilai RM781 juta, sukakan rumah itu kerana ia menyimpan banyak kenangan indah, tetapi menganggap ia membazir kerana mereka jarang menetap di situ.

Friday, March 23, 2012

Debat Anjuran Wikileaks: Raja Petra Juga Terima, Najib Masih Demam?


SHAH ALAM - Raja Petra Kamarudin bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah kendalian pengasas Wikileaks, dengan fokus pada isu Islam.

"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.

Thursday, March 22, 2012

Wikileaks Penganjur Debat Anwar-Najib-Petra. Secara Live Seluruh Dunia.

Isu spin umNO, diatas keenganan Anwar Ibrahim bersetuju memberi ruang Raja Petra untuk menumpang dalam program dialog bersama pengasas Wikileaks, Julian Assange mendapat perhatian dari Wikileaks.

Oleh kerana kasihan melihat Raja petra dan keberanian yang tidak tersangka umNO khususnya DS Najib, Wikileaks bersedia menganjurkan debat terbabit.


Karma: Shahrizat Digesa Berundur - Naib Ketua umNO

Kamilia Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.

Kenyataan Media: AIC Kecam Isu Penarikan Balik Pinjaman Pelajaran Oleh Kerajaan Terengganu

Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera

ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)

22 MAC 2012

AIC Malaysia terpanggil untuk menilai isu penarikan balik Pinjaman oleh Kerajaan Terengganu terhadap Mahasiswa tajaan mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0. Kredibiliti pihak Kerajaan Negeri dalam menangani isu tersebut dikecam kerana berpaksi kepada sekatan pemikiran anak muda khususnya, Mahasiswa yang berpeluang menjadi aset penting negara pada masa akan datang. Skop pendidikan tidak boleh hanya ditumpu kepada konteks bilik darjah semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pemacuan pemikiran dan daya keberanian hak bersuara yang perlu dianjurkan. 

Keterlibatan Mahasiswa itu dalam Perhimpunan Bersih 2.0 yang bertujuan untuk menuntut perubahan dasar sistem undian harus dilihat dari sudut perspektif anak muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara satu masa kelak. Dalam erti kata lain, daya cetusan intelek mereka untuk melihat satu penambahbaikan perlu ada dalam sistem undian negara untuk menjamin demokrasi negara tidak runtuh harus diambil kira. 

Wednesday, March 21, 2012

Pengawal Bangunan Komtar Mati


Seorang pengawal keselamatan di bangunan Komtar, di Georgetown, Pulau Pinang ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badannya awal hari ini.

Menurut Bernama, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Kumar, berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di Komtar Walk pada pukul 3.30 pagi.

Islam Adalah Agama, Yahudi Adalah Bangsa. Harap umNO Faham

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Khalid Ibrahim masih Boleh Bertanding Di Dun Selangor


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjemput Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof menghadiri mesyuarat exco bagi meminta penjelasan mengenai bagaimana kawasan seseorang pengundi diubah.

NONEBeliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan pengundi mengetahui dan bersetuju dengan perubahan yang dilakukan oleh SPR itu.

"Saya telah meminta setiausaha kerajaan negeri untuk menjemput pengarah SPR untuk menjelaskan apa yang berlaku, kenapa ia berlaku dan bagaimana mereka mengubahnya.

"Adakah mereka telah dimaklumkan dan bagaimana untuk tentukan jika mereka bersetuju atau tidak dengan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.