Seorang pengawal keselamatan di bangunan Komtar, di Georgetown, Pulau
Pinang ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badannya awal hari
ini.
Menurut Bernama, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Kumar, berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di Komtar Walk pada pukul 3.30 pagi.
Menurut Bernama, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Kumar, berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di Komtar Walk pada pukul 3.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata siasatan awal polis mendapati Kumar yang sedang bekerja dan membuat rondaan di sekitar Komtar Walk diserang dua lelaki yang menaiki motosikal.
"Mangsa ditetak di seluruh badan manakala kaki kirinya juga hampir putus akibat tetakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata tiada pengenalan diri ditemui bersama mangsa dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Bangunan Komtar juga menempatkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment